Beberapa minggu lalu, satu majlis forum yang dianjurkan oleh Islamic
Renaissance Front (RCF) bertajuk Islam in Global Politics: A Civilizational
Crisis dalam lain membincangkan Kewujudan negara Israel yang sering dilabel
rakyat Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Haram’.
Yang menjadi panel di dalam foram tersebut ialah Ebrahim Moosa, pensyarah dari Notre Dame Universiti dan Clive Kessler dari University of New South Wales.
Dalam forum tersebut, Ebrrahim Moosa memperlekehkan kaum
bumiputera di negara ini.
Menurut beliau, Zionisme bukanlah sesuatu yang unik kepada bangsa Yahudi semata-mata. Malah idea Islamik Zionisme atau nasionalisme berasaskan Islam tidak asing dalam dunia Islam.
Menurut beliau, Zionisme bukanlah sesuatu yang unik kepada bangsa Yahudi semata-mata. Malah idea Islamik Zionisme atau nasionalisme berasaskan Islam tidak asing dalam dunia Islam.
Beliau memberi contoh, polisi memberi layanan istimewa
kepada kaum Bumiputra di Malaysia sebagai satu bentuk Muslim Zionisme.
Beliau menegaskan, idea nasionalisme atas nama Islam bukanlah unik kepada bangsa Yahudi semata-mata, tetapi idea unik kepada dunia Islam seperti Malaysia dimana telah wujud Muslim Zionisme seperti layanan istimewa untuk Bumiputra.

Clive Kessler pula menegaskan, sesiapa yang
berpandangan bahawa Israel sebagai sebuah ‘Negara Haram’ bolehlah juga
mempunyai pandangan yang sama terhadap Malaysia.
Pensyarah tersebut memperkuatkan hujahnya menafikan terma
‘Negara Haram’ terhadap Israel yang sering diguna-pakai secara meluas di
Malaysia.
Dengan memberi contoh, apabila Malaysia mencadangkan penyatuan pada tahun 1961, Indonesia mendakwa bahawa idea Malaysian Malaysia adalah ‘Negara Haram'.
Dengan memberi contoh, apabila Malaysia mencadangkan penyatuan pada tahun 1961, Indonesia mendakwa bahawa idea Malaysian Malaysia adalah ‘Negara Haram'.
Dalam keadaan tertentu beliau juga mendakwa, kewujudan Malaysia, khasnya pada tahun 1961-1963 adalah tidak jauh bezanya dengan
Israel yang dirujuk sebagai ‘Negara Haram’ hari ini.
Islamic Renaissance Front (RCI) sering membawa masuk tokoh-tokoh akdemik kontroversi yang sering menghina dan menghentam institusi yang berkaitan dengan Islam di negara ini di atas lesen wacan ilmiah.