PERBELANJAAN
PELANCONGAN KE LUAR NEGARA
|
|
Tahun
|
RM (Billion)
|
2012
|
37.70
|
2013
|
38.60
|
2014
|
40.70
|
2015
|
41.70
|
2016
|
43.40
|
Ia disokong oleh kajian dibuat
firma Mastercard bahawa jumlah pelancong Malaysia keluar negara (outbound) meningkat
setiap tahun iaitu 11.9 juta orang tahun ini dan dijangka naik kepada 14.9 juta
pelancong pada 2021.
Apa yang boleh kita simpulkan daripada data dan angka
statistik rasmi seperti ini?
Ada yang berkata, “Di
Malaysia yang kaya makin kaya, yang miskin pula makin miskin.”
Ada logiknya juga kan tanggapan itu?
Mungkin yang melancong dan belanja duit di luar negara ini
mereka yang makin kaya setiap tahun.
Cuba kita lihat pula statistik oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia berkaitan pelancong domestic?
Pelancong domestik adalah mereka yang terdiri daripada warga
atau penduduk tetap Malaysia.
Menurut stastik, mereka telah membelanjakan sebanyak RM66.5
bilion melancong di dalam negara pada tahun 2016.
Terdapat sejumlah 66 juta pelancong domestik atau secara
puratanya rakyat Malaysia bercuti dua
kali setahun di dalam negara sendiri.
PERBELANJAAN
PELANCONGAN DOMESTIK
|
|
Tahun
|
RM (Billion)
|
2011
|
36.20
|
2012
|
40.80
|
2013
|
47.60
|
2014
|
55.50
|
2015
|
60.50
|
2016
|
66.50
|
Tanpa stastik, kita juga boleh tengok, bila sahaja musim cuti
sekolah, semua lebuh raya penuh sesak 24 jam, hotel, chalet, inap desa di
kawasan pelancongan full booking.
Ini sebagai indicator bahawa taraf hidup mejoriti rakyat
Malaysia adalah lebih baik setiap tahun.
Pendapatan yang meningkat setiap tahun membolehkan mereka
meluangkan masa bersama-sama keluarga dengan melancong ke luar dan dalam
negara.
Kos sara hidup memang meningkat setiap tahun!
Tetapi pendapatan perkapita rakyat juga meningkat seiring
kalau tidak pun lebih tinggi saban tahun.
Isu ringgit jatuh, pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi bahan
api juga bukan halangan untuk rakyat Malaysia daripada terus melancong dan membelanjakan
wang yang besar ketika melancong.
Sokong fakta dengan data!
Mereka yang benar-benar terbeban dengan kos sara hidup hanya golongan G40.
Rujukan:
1. Balance of Payments – DOSM via Buletin Statistik Bulanan
Bank Negara
2. Asia Pacific Outbound Travel – Mastercard
3. Tourism Satellite Account 2016
