Friday, 19 January 2018

Menghina bukanlah dari ajaran Islam.

Kita sewajarnya tidak perlu memperlekehkan ibadah dan amal makruf orang.

Termasuk juga mereka yang berlainan fahaman idologi politik.

Kenapa pula hendak politikkan soal ibadah orang lain?

Perkara ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam kerana tidak selari dengan ajaran agama dan norma-norma masyarakat.

Rasulullah SAW mengajar kita supaya tidak memperlekehkan ibadah atau amal makruf sesama manusia kerana sangat bertentangan dengan hadis baginda.

Sebagai seorang Muslim, kita harus menyokong kebaikan yang mereka lakukan selagi tidak terpesong dengan peribadatan diajar oleh nabi.

Atau jika kita tidak mampu menyokong, sekurang-kurangnya  doakanlah kebaikan mereka.

Tindakan memperlekeh ibadah dan kebaikan yang dilakukan seseorang hanya sesuatu yang merugikan.

Pastinya kelak akan  membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Individu yang memperlekehkan soal ibadah orang lain adalah di dalam hati mereka mempunyai sikap dengki, riak dan sombong.

Dalam ertikata lain, mereka mempunyai hati sungguh hitam dan busuk.

Begitu juga terdapat pengikut fahaman tertentu yang menganggap pelbagai amalan umat Islam lainya sebagai bidaah dan terkeluar daripada Islam.

Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kebiasaannya mereka  yang bersikap riak dan sombong di dalam beragama ini sering memandang kekurangan orang lain tanpa muhasabah diri sendiri.

Islam tidak mendidik umatnya bersikap memperlekeh antara satu sama lain kerana yang diperlekehkan itu selalunya lebih baik daripada yang memperlekehkan.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...