Monday, 29 January 2018

Bila puak liberal bercakap ikut sedap mulut!



Dakwaan seorang aktivis liberal, bahawa Islamisasi menyebabkan Malaysia di ambang kemorosotan adalah pandangan sempit dan tertutup untuk individu berpendidikan sepertinya. 


Beliau hanya bercakap tanpa bersandarkan bukti kukuh. 


Garis ukur apa yang dia guna sehingga menjustifikasikan Islamisasi tidak baik sehingga mendakwa negara akan maju dengan liberal? 


Dia fikir jika Islam dijadikan teras negara, sesebuah negara itu akan mundur dan ketinggalan.


Adakah berdasarkan pemerhatian dan kajian terhadap masyarat Islam sekarang yang jauh dari penafsiran Islam hakiki? 


Atau mungkin dengan hanya melihat isu kerosakan masyarakat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan Islam sebenar?


Sejarah telah membuktikan, berpegang teguh kepada Islam adalah teras utama sesebuah negara. 


Ia bukan hanya mampu menjadikan negara itu maju, malah mampu melahirkan masyarakat yang berfikiran jauh ke depan dan mempunyai akhlak yang mantap. 

Tamadun Islam berjaya membuktikan bahawa kemajuan inovasi dan ilmu mampu diringi dengan kemajuan akhlak dan etika, yang mana gagal dilaksanakan mana-mana tamadun sehingga sekarang.


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...