Sunday, 28 January 2018

Sepatutnya beliau dikenakan tindakan yang paling keras!

Ekstremis Kristian seperti Clement Chin tidak sepatutnya dibiarkan berterusan untuk menghina Islam.


Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera kerana jika terus dibiarkan ia akan menimbulkan ketegangan agama.


Kenyataan Clement Chin yang mengatakan Al-Quran ialah kitab cetak rompak kisah-kisah sebelum Islam dan harapan Chin yang mahu wanita Muslimah dibenarkan untuk berkahwin dengan pasangan lelaki bukan Muslim serta yang terbaharu berharap supaya Malaysia menjadi sebuah negara republic dengan menghapuskan raja-raja Melayu. 



Perkara ini merupakan satu penghinaan tahap maksimum terhadap Islam serta mewujudkan provokasi terhadap rakyat Malaysia supaya melanggar perlembagaan negara. 


Perkara ini bukan saja berkaitan dengan Islamofobia tapi juga sebagai anti-Islam dan sifat yang tidak bertanggungjawab serta membayangkan ada motif lain untuk meruntuhkan negara.


Setiap kebebasan mesti ada batasannya dan mesti dalam kerangka perlembagaan dan undang-undang negara dan jika langgar maka itu satu kesalahan.


Sudah terlalu banyak isu-isu penghinaan terhadap Islam di negara ini dan kerajaan seharusnya  mengambil tindakan yang paling tegas, kerana mejoriti rakyat negara ini sudah mual dengan isu-isu begini.


Jika hal ini tidak ditangani dengan serius, ianya akan menyebabkan mejoriti rakyat membenci kerajaan kerana tidak peka dengan isu berkaitan agama Islam.



Apa yang lebih dibimbangkan ialah rakyat akan mengambil tindakan sendiri juga akhirnya puak-puak radikal dan ekstremis akan mengambil kesempatan terhadap isu begini.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...