Dakwaan seorang aktivis liberal, bahawa Islamisasi
menyebabkan Malaysia di ambang kemorosotan adalah pandangan sempit dan tertutup
untuk individu berpendidikan sepertinya.
Beliau hanya bercakap tanpa bersandarkan bukti
kukuh.
Garis ukur apa yang dia guna sehingga menjustifikasikan Islamisasi
tidak baik sehingga mendakwa negara akan maju dengan liberal?
Dia fikir jika Islam dijadikan teras negara, sesebuah negara
itu akan mundur dan ketinggalan.
Adakah berdasarkan pemerhatian dan kajian terhadap masyarat
Islam sekarang yang jauh dari penafsiran Islam hakiki?
Atau mungkin dengan hanya melihat isu kerosakan masyarakat
Islam di negara ini yang tidak mengamalkan Islam sebenar?
Sejarah telah membuktikan, berpegang teguh kepada Islam
adalah teras utama sesebuah negara.
Ia bukan hanya mampu menjadikan negara itu maju, malah mampu
melahirkan masyarakat yang berfikiran jauh ke depan dan mempunyai akhlak yang
mantap.
Tamadun Islam berjaya membuktikan bahawa
kemajuan inovasi dan ilmu mampu diringi dengan kemajuan akhlak dan etika, yang
mana gagal dilaksanakan mana-mana tamadun sehingga sekarang.