Beliau juga mengatakan Islamisasi
adalah satu penjajahan dan konsep yang diketahui ganas, justeru akan merobek
Malaysia dan menjadikan negara ini merosot.
Kenyataan beliau itu lahir dari
kedengkian terhadap usaha menampilkan keindahan Islam sebagai rahmatan lil
alamin.
Sebenarnya Islam adalah agama
yang sifatnya tidak mengabaikan realiti di mana ia berada.
Ia sangat berinteraksi dengan
realiti.
Islam merupakan agama yang
mengiktiraf kewujudan berbilang agama.
Realiti di Malaysia membuktikan
bahawa orang bukan Islam boleh terus hidup di negara ini dengan aman damai,
tidak seperti negara-negara lain.
Malah, Islam sendiri telah
mengalami diskriminasi yang teruk di negara-negara seperti US dan blok Eropah
yang kononnya merekalah negara yang meluhurkan perjuangan hak asasi manusia.
Sebaliknya di Malaysia, orang
bukan Islam telah menikmati status kehidupan yang lebih baik dari orang Islam
sendiri walaupun Malaysia mengamalkan budaya Islamisasi sejak awal penubuhannya
lagi.
Ini adalah terjemahan secara
praktikal oleh Muslimin di Malaysia akan makna Islam sebagai rahmatan lil
alamin.
Islam telah menawarkan keamanan
kepada penduduk bukan Islam di negara ini.
Usahlah tindakan segelintir
umat Islam yang bersalahan dengan agama dijadikan sandaran utama mengatakan
Islamisasi itu membawa kepada keganasan.
Kenyataan tersebut sangat tidak
adil kerana realitinya mesti terdapat penganut mana-mana agama pun yang tidak
patuh kepada agamanya.
Bentuk ketidakpatuhan itu
berbeza-beza di antara satu sama lain.
Barangkali ada di kalangan umat
Islam, ketidakpatuhannya kepada agama berlaku pada isu rasuah atau isu
mengasari isterinya atau tidak patuh kepada larangan membuka aurat atau
terlibat dengan gejala negatif.
Ketidakpatuhan kepada Islam oleh
penganut-penganut Islam tidaklah menggambarkan inti pati ajaran Islam itu
sendiri.
Adakah mengajak mengajak
masyarakat Muslim mengamalkan undang-undang syariah, melarang mereka membuat
maksiat, mengekang LGBT berleluasa di negara ini menjadi bukti yang kuat bahawa
negara ini sedang menuju sebuah negara ala Taliban mahupun ISIS?
Adakah perkara tersebut terus
sahaja dikaitkan dengan proses Islamisasi di Malaysia?
Bukankah semua perkara di atas
adalah arahan Allah SWT yang diterjemah melalui al-Quran dan hadis Nabi?
Bukankah arahan Allah SWT itu
jauh lebih awal dari munculnya kumpulan Daesh mahupun Taliban?