Tindakan PAS merancang untuk
melaksanakan sumpah baiah taklik lafaz cerai talak tiga menjelang PRU-14 ini telah
mengulangi sumpah baiah PRU-13 dilihat seolah-olah telah merendah-rendahkan
martabatkan seorang isteri di samping seorang suami.
Islam tidak
pernah meletakkan wanita lebih rendah tarafnya disisi lelaki.
Dalam kes ini, status seorang isteri boleh diumpamakan ‘barang pajak gadai’ untuk mencapai sesuatu tujuan.
Dalam kes ini, status seorang isteri boleh diumpamakan ‘barang pajak gadai’ untuk mencapai sesuatu tujuan.
Lafaz sumpah yang hanya
melibatkan janji bersama parti politik dibenarkan, namun yang menjadi persoalan
ialah sekiranya ia melibatkan lafaz cerai isteri.
Apa kena mengena perjuangan ideologi
politik dan menceraikan sang isteri sedangkan sang isteri tidak membuat sebarang kesalahan
terhadap perjuangan suami mereka.
Mengelakkan penentangan dan tidak
belot kepada perjuangan parti politik itu boleh tetapi tidak sepatutnya wujud
taklik lafaz cerai terhadap isteri.
Bukan talak 1,2 tetapi 3!
Masya-Allah!
Perjuangan yang kunun-kununya pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam dahulu seharusnya dihentikan.
Ianya telah menampakkan kedengkalan dan kejumudan pemikiran sesetengah pemimpin dalam PAS dan tanpa sangsi dan 'gelojoh' dihadam dengan rela hati terhadap ahli-ahli yang 'terliur' sangat untuk dicalonkan dalam PRU nanti.
Selain menenanamkan persepsi bahawa Islam agama yang menindas dan mendiskriminasi terhadap kaum wanita terutamanya seorang bergelar isteri yang dinikahi semata-mata kerana Allah, implikasi seterusnya akan mengakibatkan kehancuran sistem kekeluargaan di dalam Islam, jika baiah dilanggar.
Anak-anak yang tidak bersalah akan menjadi mangsa!
Anak-anak yang tidak bersalah akan menjadi mangsa!
Dalam politik, tiada istilah perjuangan sejati, sesiapa boleh 'bertukar arah' dalam perjuangan.
Apakah yang telah terjadi kepada status rumah tangga bekas-bekas pemimpin PAS di dalam Pakatan sekarang?
Jatuh talak atau tidak?
Wallahualam!
