Kelompok yang bersifat jumud,
radikal dan konservatif ini akhirnya melabelkan banyak hal agama sebagai bidaah
atau sengaja diada-adakan sehingga ia turut menimbulkan kekeliruan dalam
masyarakat awam.
Pola berfikir yang terlalu
liberal dan literal itu berikutan pemahaman lemah terhadap dua prinsip asas yang
penting dalam pandangan alam Islam, iaitu tetap dan fleksibel berkaitan hukum
serta perundangan Islam.
Tetap merujuk kepada hukum-hakam
keseluruhan dan bahagian yang kekal tidak berubah hatta atas faktor tempat atau
masa antaranya termasuk prinsip serta asas yang merangkumi akidah, ibadat,
perkara ghaib dan prinsip muamalat seperti pengharaman riba.
Fleksibal pula merujuk kepada
hukum-hakam furuk atau cabang yang boleh berubah disebabkan perubahan masa,
tempat dan keadaan berdasarkan kepentingan syarak.
Kegagalan dalam memahami
kedua-duanya menjadi punca utama taklid buta, cenderung meletakkan batasan
bersifat sempit dan tidak tepat dalam memahami agama.
Pola berfikir yang terlalu
literal jika tidak ditangani akan memberikan kesan negative terutama dalam hal
membabitkan kesatuan ummah.
Bagi memelihara akidah umat Islam
supaya terus utuh berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah, Institusi pendidikan perlu
diperkasa secara menyeluruh bermula dengan penilaian dan pengembangan epistemologi
Islam dan tradisi ilmu yang berkesinambungan sejak zaman awal Islam dengan
bidang sains dan sosial semasa.
Kemampuan umat Islam dalam mendepani
cabaran ini bergantung kepada keterbukaan dalam memperteguhkan aliran
wasatiyyah yang sebenar.