Tengahari tadi, berlaku insiden serangan di dua buah masjid
di Christchurch, New Zealand yang setakat ini dilaporkan media sebagai
mengorbankan 49 orang.
Yup… 49 orang yang tidak buat salah dan mangsa mungkin akan bertambah.
Mereka berada dalam rumah ibadah untuk beribadat kepada Tuhan mereka.
Mereka berada dalam rumah ibadah untuk beribadat kepada Tuhan mereka.
Empat orang ditahan setakat ini dengan pelaku utama adalah
lelaki muda dari Australia.
Andai ini merupakan serangan ke atas kuil, gereja atau
tokong dan pelakunya beragama Islam, maka dengan pantas label Muslim terorist
akan mula digunapakai.
Apa matlamat atau motif serangan akan menjadi isu kedua,
tetapi yang pasti label muslim extremists, Muslims terrorist semua akan mula
bertebaran.
Seolah-olah terorisme adalah ‘hak elsklusif’ orang Islam.
Label yang diberikan kepada penyerang adalah lelaki
berhaluan kanan dengan faham ekstremis atau something la yang camtu.
Takda kaitan agama dalam label yang diberikan walaupun yang
diserang itu sekumpulan orang Islam yang cintakan kedamaian dan hanya mahu
beribadat.
Tidak kisah la apa pun permainan media barat, hari ini dunia
mahu atau tidak mahu, cuba menafikan atau tidak, memahami satu perkara:
P ENGGANAS TAK SEMESTINYA MUSLIM DAN PENGGANAS TIDAK MENGENAL SESIAPA DALAM MISI MENCAPAI MATLAMAT MEREKA.
Penulis ingin jelaskan di sini bahawa penulis tidak menerima
apa jua tindakan keganasan walaupun ia dilakukan penyerang muslim atas dasar
membalas dendam kerana saudara muslim tertentu dilayan dengan buruk di
mana-mana penjuru dunia.
Keganasan adalah keganasan.
Ia datang dalam banyak bentuk
dan rupa.
Dan pasti sekali, dunia mungkin faham hari ini ia tidak
semestinya datang sebagai penyerang muslim semata-mata. – Mynewshub.TV
