Sunday, 31 March 2013

Kewajaran Mewujudkan Kerusi Dr. Uthman El-Muhammady



Kerusi pemikiran Islam Dr. Uthman El-Muhammady amat relevan untuk diwujudkan bagi menangani isu-isu pemikiran modenisasi dan pasca modenisasi yang semakin rancak menyerang Islam. Kerusi yang akan diwujudkan adalah untuk memberi pengiktirafan tertinggi kepada ulama yang begitu disegani di dalam dan luar negara.

Memandangkan sumbangan yang amat besar terhadap perkembangan pemikiran Islam kerana beliau begitu memahami falsafah Sunah Wal Jamaah dalam menjawab segala pemikiran dan peperangan idea yang cuba menyerang Islam.

Kerusi Dr. Uthman El-Muhammady adalah bertujuan untuk mengkaji idea-idea dan buku-buku tulisan Allahyarham yang banyak menyumbang kepada dunia Islam di sepanjang hayat beliau. Tahap keintelektual Allahyarham amat tinggi malah standing dengan ulama dan sarjana Islam yang tersohor di seluruh pelusuk dunia.

Kerusi Dr. Uthman El-Muhammady wajar ditubuhkan di Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) tempat Allahyarham menabur bakti sebelum ini. Semoga beliau di tempatkan bersama orang-orang yang soleh, aminnnn. Alfatihah.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...