Monday, 29 April 2013

Seekor Lagi Memperbodoh-bodoh Umat Islam



Tindakan Husam Musa menjemput penceramah bukan Islam mempermainkan kalimah suci Bismillah dan bercakap mengenai hudud kononnya bagi membetulkan akidah orang Melayu menunjukkan calon Pas ini telah menghina seluruh umat Islam. Membenarkan orang bukan Islam untuk bercakap tentang hukum Islam dan cuba membetulkan akidah umat Islam menunjukkan beliau sebagai seorang pemimpin Pas yang menggunakan agama demi kepentingan peribadi untuk ‘menawan’ Putrajaya walaupun sanggup mengadai kesucian Islam.

Tindakan tersebut jelas cuba merendah-rendahkan martabat umat Islam yang mendengar ceramah itu serta mencemarkan kesucian Islam. Tindakan Husam Musa membawa penceramah beragama Hindu bernama Raja Ratnam yang diimport dari Kelantan kononnya untuk ‘berdakwah’ yang disertai dengan ucapan kalimah Bismillah dengan menyebut “Ya Allah selamatkan aku dari godaan syaitan dan pandulah aku ke jalan yang benar”. “Saya kafir tetapi saya faham Islam lebih baik dari Melayu UMNO,” kata Ratnam di hadapan hadirin yang mejoritinya Melayu Islam.

Seharusnya umat Islam berasa bimbang kerana politik seperti ini mampu membawa bencana kepada tergelincir akidah umat Islam yang mendengar ceramahnya dan seterusnya meletakkan martabat Islam serendah-rendahnya di sisi orang bukan Islam. Jika Husam Musa mahu berdakwah, sepatutnya penceramah beragama Hindu itu perlu mentarbiahkan puak-puak Pas, keluarganya dan dirinya sendiri terlebih dahulu supaya parti itu melaksanakan hudud di Kelantan.

Beliau (Ratnam) mendabik dada yang dirinya lebih arif tentang agama Islam dan lebih mahir ilmu Islamnya berbanding orang Islam sendiri. Tidak pernah ada mana-mana orang kafir dari mana-mana zaman atau bila-bila masa yang  akan mahir tentang agama Allah ini melebihi orang Islam termasuklah John Esposito yang dikatakan pakar Islam dunia. Setiap orang kafir (termasuk Ratnam) akan mentafsirkan agama Islam mengikut kepala lutut sahaja demi kepentingan diri. Alangkah bebalnya Si Husam Musa ini kerana beliau bersama-sama penyokong Pas Putrajaya di perbodohkan-bodohkan oleh orang kafir yang bernama Ratnam. Pas patut Islamkan Si kafir ini terlebih dahulu, baru boleh membetulkan akidah orang-orang Islam.....Wassalam.


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...