Friday, 28 November 2014

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - (KABAT)


Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara.

Kajian Programme for International Student Assessment (PISA), Malaysia di tangga 55 daripada 74 negara.

Kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.

Apakah benar laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini???

Kajian antara bangsa ini telah membuktikan para pelajar Malaysia adalah antara paling lemah berbanding para pelajar dari seluruh dunia.

Adakah guru-guru di Malaysia teruk, pemalas, tiada motivasi, makan gaji buta, tiada kualiti?????

Tetapi jika dibuat perbandingan…………

Telah dilaporkan Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun kebelakang iaitu: 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan 2.71 pada 2011


Bilangan pelajar yang mendapat A PMR: Matematik 2010 - 26.7% kepada 2011- 28.9% dan Sains 2010 - 18.5% kepada 2011 - 21.7%

SPM: pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011

Apa nilai prestasi sebenar pelajar Malaysia berkaitan laporan peningkatan saban tahun Gred Purata Nasional PMR dan SPM???

Mana satu kaedah yang hendak dijadikan ukuran, UN Education Index, PISA dan TIMSS atau GPN yang dikeluarkan oleh KPM?

Kenapakah pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di dalam matematik dan sains di seluruh dunia sedangkan prestasi pelajar kita meningkat saban tahun mengikut ukuran PGN?


Kementerian Pendidikan telah berjaya menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 setebal 248 mukasurat.

Siapakah di kalangan pendidik yang telah membaca dan memahami keseluruhan pelan tersebut???

Terkandung sebelas anjakan strategik sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan negara.

Hasil dari PPPM maka lahirlah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang melemaskan kehidupan para guru selama hampir empat tahun.

Tidak habis dengan isu PBS timbul pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), yang menyesakkan kembali nafas para guru dan para pelajar kerana perlaksanaannya dilakukan secara tergesa-gesa dan seolah-olah tiada perancangan yang rapi.

Ahli akademik di negara kita pula sering menjadikan negara-negara seperti Jerman, Finland, Korea Selatan dan Jepun sebagai perbandingan.

Mereka sibuk mengkaji dan melihat teori dan kaedah pendidikan yang diguna pakai di negara-negara berkenaan.

Tetapi mereka naïf permasalahan pendidikan yang paling asas di negara sendiri iaitu implementasi di peringkat pelaksana iaitu guru @ pendidik.

Adakah guru di negara ini mengajar mengikut opsyen atau kepakaran sebenar mereka dan apakah beban tugas perkeranian yang terlalu banyak dipikul oleh para guru telah diselesaikan???

Sudah pasti, jika kedua-dua perkara pokok ini tidak diselesaikan dengan segera, maka PPPM hanya menjadi aksesori semata-mata kepada pendidikan di negara ini.

Guru hanya manusia biasa, tidak ramai yang dapat menumpukan pelbagai tugasan di dalam satu jangka masa yang terhad.

Ingatlah, mereka juga mempunyai keluarga dan anak yang perlu diberi perhatian.

Kembalikanlah semula peranan dan tanggungjawab mereka di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu pelajar.

Guru bukan maksum, tetapi ibarat cahaya yang memberi petunjuk yang benar kepada generasi yang akan datang.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...