Di Malaysia golongan liberal semakin berani menyuarakan hak mereka dan secara terang-terangan mencari pengaruh sehingga sanggup memfitnah golongan Islamis.
Golongan liberal dan feminis ini akan mengambil mana yang mereka suka sahaja dengan Islam, yang tidak sesuai dengan nafsu mereka akan dibuang.
Mereka sentiasa istqomah menyebar ideologi yang bertentangan dengan syarak seperti LGBT melalui NGO.
‘Wanita Songsang’ oleh Sharifah Abdul Samad menceritakan mengenai golongan wanita
khususnya feminis yang menafsir al-Quran dan syarak mengikut nafsu mereka
dan kemuliaan wanita Islam diinjak oleh golongan wanita songsang ini.
Ia turut mengupas mengenai aurat, hudud, hermeneutika dan
pimpinan wanita serta isu-isu kontroversi yang sering dibangkitkan feminis
Malaysia.
Malah, buku ini turut menggunakan bahasa santai agar ancaman
feminisme ini mudah difahami oleh masyarakat umum.
Orang ramai boleh mendapatkan buku ‘Wanita Songsang’ di
mana-mana kedai buku MPH dan Popular di seluruh Malaysia atau beli secara
atas talian melalui pautan kopiress.com. - ismaweb
