Friday, 29 July 2016

Star vs Superstar

Mulanya ramai yang kutuk, akhirnya pasukan hebat dan gelemer
seperti Jerman dan Prancis 'bungkus'. Walau bagaimanapun Italia tatap!.
Satu kerugian bagi mana-mana pemain di Malaysia ketika semua pemain bertaraf ‘superstar’ di seluruh dunia 'gila' untuk menyarung jersi negara masing-masing kerana menjadi kebanggaan buat diri serta sifat patriotik.

Menjadi lumrah mereka yang bernama pemain bolasepak, peluang menyarung jersi pasukan kebangsaan merupakan satu anugerah di sepanjang penglibatan mereka. Walaupun cedera dan serba kekurangan, mereka tetap hendak bermain untuk negara mereka.

Satu masa dahulu, Romerio seorang pemain lagenda Brazil menangis teresak-esak di hadapan wartawan kerana tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan. Beliau menangis sambil merayu supaya nama beliau tidak digugurkan, begitulah realitinya.

Begitu juga dengan beberapa pemain bertaraf ‘superstar’ yang lain  seperti Deigo Maradona (Argentina), Frank Lebouf (Fran), Nakamura (Japan), Alexis Lalas (USA) dan beberapa superstar lagi. 

Begitulah manteliti sebenar ‘superstar’ bukan sekadar 'star'. Susah, senang, kalah, menang, hidup dan mati demi pasukan kebangsaan.

Boleh sahaja mereka menolak pelawaan pasukan kebangsaan, kerana mereka dah pun menempa kemasyhuran dan mempunyai pasukan kelab yang hebat serta pendapatan lumayan, tetapi jiwa mereka tetap pada pasukan kebangsaan masing-masing.

Berikutan bebrapa pemain ‘star’ di dalam pasukan Harimau Malaysia yang mengumumkan persaraan ketika tenaga mereka masih ditagih, FAM perlu segera mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk melihat keadaan dalam kem skuad kebangsaan yang menyebabkan wujudnya krisis seperti dialami ketika ini.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena dan perlukan kajian menyeluruh sebab kebiasaannya jika mahu bersara paling tidak jumpa coach dahulu untuk maklumkan pengunduran. Mungkin ada pandangan yang akan diberi kerana sebagai pemain mereka bermain untuk negara dan untuk maruah.

FAM perlu tubuh jawatankuasa bebas untuk kaji perkara terbabit bagi memastikan 'penyakit' itu tidak merebak dan berjangkit kepada ‘star-star’ lain. Jika ramai ‘star’ buat perkara yang sama, suatu hari nanti, Malaysia akan diwakili pasukan bertaraf kampungan.

Ini bukan perkara yang boleh diambil mudah oleh pengurusan FAM. Berikan perhatian segera agar maruah pasukan negara tidak tercemar atau lebih baik hantar sahaja pasukan sekolah mewakili negara, kena belasah 10 : 0 pun tak le malu sangat! 

Kagum terhadap keazaman Ronaldo CR7, walaupun tercedera namun terus cuba berjuang demi maruah Portugal! 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...