Tuntutan Dong Zong agar Bahasa Melayu SPM sahaja dijadikan
syarat untuk mendapat pengiktrafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah
keterlaluan.
Tuntutan Dong Zong dalam isu UEC dilihat melangkau sempadan
pendidikan, bahkan mempunyai agenda penghakisan jati diri.
Kesangsian timbul dengan kesediaan Dong Zong yang hanya mahu
peperiksaan BM sahaja yang diwajibkan sebagai syarat pengiktirafan tersebut,
Sedangkan peperiksaan lain masih mengekalkan bahasa Cina dan kurikulumnya
diambil daripada Taiwan dan bahasa pengantarnya adalah bahasa Cina.
Dalam satu laporan media, Pengerusi Dong Zong, Vincent Lau
bersedia untuk menerima Bahasa Melayu SPM sebagai syarat untuk kerajaan mengiktiraf
UEC.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pengiktirafan UEC dengan
syarat sebegini hanya akan meneruskan dua aliran pendidikan yang berbeza dan
seterusnya menyumbang kepada pemisahan ideologi, cara hidup dan pergaulan di
kalangan rakyat Malaysia.
Kita amat bimbang dengan kerapuhan jati diri pelajar yang
lahir dari kurikulum yang berkiblatkan negara lain.
Bagaimana mungkin semangat patriotisme dapat disemai tanpa
bersandar kepada kurikulum nasional sebagai teras pendidikan dan pembinaan jati
diri?
Sehubungan itu kerajaan mesti bersikap lebih tegas menolak
usaha-usaha untuk menghalang perpaduan.
Kerajaan seharusnya benar-benar komited untuk merealisasikan
hasrat perpaduan, pembinaan negara bangsa dan gagasan 1 Malaysia.
Pendidikan sangat penting utk mewujudkan perpaduan, semangat
patriotisme serta menjamin kestabilan negara, apatah lagi hala tuju negara
dipupuk dan ditentukan melalui pendidikan.