Sejak akhir-akhir ini, negara dilanda polemik kempen ‘MARI
SENTUH ANJING’ dan bela anjing seperti bela kucing kat rumah.
Tiba-tiba bala penyakit anjing gila pulak yang datang.
Penyakit anjing gila yang menyerang sistem saraf seseorang
boleh membawa maut.
Pelik la pulak dengan penggunaan perkataan ‘rabies’ yang
asing kepada majoriti rakyat di negara ini.
Apa yang cuba disembunyikan?
Terma penyakit ANJING GILA sudah ada dan digunakan sekian
lama.
Ianya lebih sebati dan mudah difahami.
Ia juga menceritakan punca kepada penyakit tersebut asalnya
dari binatang bernama anjing.
Mudah untuk menggesa untuk orang Islam menjauhkan diri
daripada anjing.
Namun, kenapakah terma bahasa ‘rabies’ digunapakai?
Adakah kerana mahu menjaga hati segelintir daripada kita
yang suka anjing, suka bela anjing?
Polimik sentuh anjing dan larangan batas-batas di dalam
Islam mendapat perhatian ramai sebelum ini harus dijadikan ikhtibar kepada umat
Islam.
Aku bukan anti binatang ni!
Tapi dalam mazhab agama aku dah kata, ianya binatang najis berat atau
mukhalazah!
Nabi pulak cakap, bela anjing kat rumah, Malaikat tak masuk
rumah!
Harap kawan-kawan non Muslim aku faham tentang akidah aku
ni!
