Tuesday, 30 January 2018

FMT : Sumber berita golongan munafik !

Tindakan portal Free Malaysia Today (FMT) melindungi ekstremis Islamofobia berbanding golongan Muslim di negara ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. 

Perkara ini adalah susulan tindakan FMT menyiarkan kenyataan mempertahankan diri pemimpin perhimpunan BERSIH dan Himpunan Hijau Anti-Lynas, Clement Chin selepas dia menghina al-Quran dan umat Islam dalam komennya. 

Dalam berita yang dikeluarkan FMT baru-baru ini, Clement Chin mendakwa komen-komennya merupakan sebahagian daripada perbincangan tertutup satu kumpulan Facebook bersama Muslim lain dan telah diambil di luar konteks. 

Clement telah diketahui sebagai seorang yang mengeluarkan pandangannya dalam forum umum yang mempunyai lebih daripada 10 ribu peserta dan merupakan seorang ejen provokasi. 

Clement Chin mengundang kemarahan umat Islam Malaysia dan pengguna media sosial apabila menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri. 

Dia juga meluahkan hasratnya agar jutaan wanita yang beragama Islam di Malaysia diberi peluang untuk mengahwini lelaki kafir sepertimana yang dinikmati oleh umat Islam di Tunisia.

Sekiranya kenyataan dari seorang Muslim, FMT akan menyiarkan apa yang diucapkannya agar masyarakat awam bertindak balas dan mengamuk. 

Lihat saja liputan mengenai Ust. Zamihan atau isu-isu aurat yang lain sebelum ini.

Namun, hanya kerana ekstremis merupakan bukan Muslim FMT cuba untuk mempertahankan dan cuba untuk tidak mengaitkan Clement Chin dengan orang lain. 

Masih ingat bagaimana mereka sedaya upaya cuba mengaitkan Zamihan dengan Jakim? 

Begitu juga apa yang berlaku terhadap Mufti Pahang dimana kenyataannya beliau berkenaan khalwat juga diputar belit untuk mengelirukan rakyat Malaysia.

Lihatlah betapa sifat berat sebelah FMT terhadap orang Islam.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...