Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan yang tegas
terhadap pengguna internet khususnya di dalam laman-laman sosial yang
mengeluarkan kenyataan dan gambar-gambar menghina Islam serta berbaur perkauman.
Selama
ini SKMM seolah-olah ‘tidur’ dan hanya ‘makan gaji buta sahaja’ seolah-olah
‘tiada telur’ untuk bertindak dalam menangani isu tersebut. Kejadian menghina
dan menyerang agama (Islam) dan berbaur perkauman (Melayu) terus-menerus
berulang dan lebih malang dilakukan oleh individu atau kelompok yang sama.
Terbaru,
seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Sathles Ray didapati menghina Islam dengan memaparkan gambar anjing
bersembahyang di atas sejadah serta kalimah Allah yang dilakar dengan gambar
anjing dan babi.
Pemilik
akaun ini yang turut dikesan menggunakan nama Adlin Abdul Jalil serta nama samaran Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara pernah melakukan perkara yang sama kira-kira dua
tahun yang lalu. Yang menghairankan, walaupun beberapa laporan polis telah
dibuat, tetaip belum ada tindakan yang tegas diambil terhadap individu
berkenaan.
Sebagai
rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan untuk membayar gaji
pekerja-pekerja SKMM, aku amat kecewa dan malu kerana penghinaan terhadap umat
Islam seperti ini terus berlaku walaupun negara ini adalah negara Islam.
