Friday, 13 February 2015

Viral Ismail Sabri !





Kita tidak sepatutnya melihat kenyataan Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob supaya memboikot para peniaga, pemborong dan orang tengah yang mejoritinya berbangsa Cina kerana keenggan golongan ini menurunkan harga barangan sebagai satu isu perkauman. 

Sepatutnya seluruh rakyat di negara ini berganding bahu menyokong saranan beliau kerana ianya ke arah kebaikan  semua lapisan pengguna merentasi pelbagai kaum.

Saranan itu bukan sahaja untuk membela kebajikan pengguna Melayu tetapi membabitkan seluruh rakyat negara ini terhadap eksploitasi golongan peniaga yang terlalu tamak.

Datuk Seri Ismail Sabri juga merupakan mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sudah tentu memahami situasi permasalahan yang sedang berlaku pada masa ini.

Rakyat tidak boleh hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang tetapi harus menggunakan kuasa beli yang mereka ada bagi mengekang senario yang sedang berlaku sekarang.

Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri sepatutnya dijadikan titik permulaan untuk semua pengguna berfikir dan mencapai kesepakatan bagi merealisasikan usaha boikot peniaga dan orang tengah berkenaan yang mejoritinya berbangsa Cina.

Kenyataan Datuk seri Ismail Sabri itu amat tepat memandangkan masih terdapat peniaga, pemborong dan orang tengah yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan pengguna sewenang-wenangnya.

Bagaiman seluruh rakyat hendak menjadi makmur??? 

Adakah rakyat inginkan kos sara hidup tetap kekal tinggi???

Walhal harga minyak yang dikatakan menjadi punca kenaikan harga barangan pengguna selama ini telah jatuh merudum lebih 50%. 

Hari ini, sebotol air mineral 1 liter lebih mahal dari harga seliter petrol. (1 liter air meniral tutup biru) = RM2.00 dan 1 liter petrol = RM1.70

Selama ini seluruh rakyat sering merungut terhadap kenaikkan kos sara hidup yang melambung tinggi dan asyek menyalahkan orang itu dan orang ini. 

Tetapi bila seorang menteri yang dipertanggungjawabkan untuk membela rakyat telah mengeluar kenyataan demi kebajikan mereka, kenapa ikut pula bersama-sama  dengan puak-puak kiasu menghentam menteri berkenaan???

Sebagai menteri, sewajarnya beliau menegur semua pengguna untuk memboikot puak-puak kiasu ini.

Kenyataan beliau yang telah menjadi viral di laman-laman sosial adalah bertujuan meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna bagi menekan peniaga yang mengaut keuntungan secara tidak munasabah. 

Ada ke patut para peniaga kiasu ini tidak mahu menurunkan harga barangan dan sentiasa memberi pelbagai alasan termasuk menuding jari antara satu sama lain?

Marilah sama-sama kita boikot mereka!!! sama ada dikampung atau di bandar atau dimana-mana sahaja. 

Belilah yang diperlukan sahaja!!!! 

Kalau nak kata beliau rasis....selama ini bangsa siapa yang berlebih-lebihan rasis???






No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...