Monday, 28 March 2016

Akibat berfikiran singkat!


Sekurang-kurangnya 33 orang pendeposit Tabung Haji (TH) menarik diri daripada giliran menunaikan haji kerana terpengaruh dan terpedaya dengan persepsi tidak benar yang diwujudkan seorang anggota parti politik terhadap institusi itu.

Empat daripada mereka hanya perlu menunggu dalam lingkungan empat tahun sebelum dapat menunaikan haji. 

Mereka menarik diri kerana mereka yakin TH tak mampu untuk menampung dirinya menunaikan fardhu haji dengan mengeluarkan kesemua simpanan yang dibuat.

Tetapi rupanya iyulah keputusan yang mereka perlu bayar kerana terlalu mempercayai sesuatu yang belum pasti.

Bersikap ikutkan hati dengan mempercayai fitnah menyebabkan diri sendiri rugi.

Kesemua mereka sudah tutup akauan di dalam TH dan jika mereka hendak mendaftar menunaikan haji, mereka terpaksa mengikut prosedur dengan mendaftar semula.

Jangan salahkan orang lain selain daripada diri sendiri kerana  tidak mahu menyiasat dan terus menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.

Tuesday, 22 March 2016

Keganasan Persepsi


Keganasan persepsi merujuk kepada pembabitan masyarakat dan golongan tertentu melalui saluran komunikasi seperti media sosial dan aplikasi telefon pintar yang mengandungi unsur provokasi, emosi serta sentimen keterlaluan yang mendorong kepada persekitaran negatiif.

Keganasan persepsi adalah satu ancaman baharu yang mampu menjejaskan perpaduan ummah, keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Masyarakat mudah terpengaruh dan dikelirukan dalam menerima maklumat yang belum dipastikan kebenarannya.

Ia lebih bahaya daripada keganasan senjata dan mampu mewujudkan anarki dan mempengaruhi masyarakat menjatuhkan kerajaan yang demokratik.

Ancaman ini semakin serius berikutan penggunaan media baharu yang mampu menerobos ke setiap sudut rumah dan mempengaruhi golongan remaja, khususnya.

Ia perlu ditangani secara strategik dan bersepadu supaya tidak menjejaskan perpaduan umah dan keselamatan negara.

Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara berlaku.

Persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.

Sesuatu persepsi tidak lagi terikat dalam lingkungan pemikiran seseorang individu, tetapi boleh bercambah pantas menjadi persepsi ramai.

Pelbagai berita, maklumat, gambar, data dan fakta yang berbentuk andaian mahupun fitnah yang jelas belum tentu kesahihannya disebarkan dalam media sosial untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran dan minda masyarakat kita secara keseluruhannya.

Keadaan menjadi semakin parah dan kritikal apabila pengguna media sosial dengan pantas memviralkan maklumat yang mereka terima itu tanpa usul periksa.

Ini menyebabkan fitnah yang dicetuskan itu tersebar luas dan menjadi viral dalam kalangan pengguna media sosial. Akhirnya pengguna media sosial merumuskan fitnah tersebut adalah benar dan sahih.

Keganasan persepsi seperti ini jelas boleh merosakkan dan menghancurkan negara dan masyarakat kita.

Ia membuka peluang untuk kita memandang serong kepada semua perkara tanpa menilai dengan sewajarnya.

Pertimbangan akal yang longgar dari pengguna media sosial terutamanya golongan muda cukup memudaratkan.

Hari ini kita boleh melihat betapa pengguna media sosial berdebat, menzahirkan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan berdasarkan persepsi masing-masing.

Rata-rata menjatuhkan hukuman sebelum sesuatu isu mahupun individu itu dibuktikan benar mahupun bersalah.

Akibatnya perasaan benci dan marah yang dicetuskan oleh emosi yang terganggu mula mengambil tempat.

Adakah wajar perkara seumpama ini dibiarkan terus berleluasa?

Apakah ini kos yang perlu dibayar untuk menikmati kebebasan bersuara?

Diharap masyarakat agar sentiasa menilai dengan baik apa jua maklumat yang disebarkan melalui media sosial.

Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya.

Jangan mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya perkara yang boleh menggugat kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara.

Monday, 21 March 2016

Penyalahgunaan label Islamik : Indah kabar dari rupa



Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, Rayani Air, sepatutnya dikenakan tindakan oleh pihak berwajib kerana membatalkan penerbangan sesuka hati.

Keadaan ini telah menimbulkan kesusahan kepada penumpang yang sudah mengatur pelbagai urusan.


Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.


Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang menjadi salah satu prinsip syariah.

Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah.

Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama.

Rayani Air juga pernah membatalkan dua penerbangan dari dan ke Langkawi gara-gara cermin korpit pesawat retak yang menyebabkan ramai penumpang terkandas.

Demikianlah bagaimana umat Islam tertipu apabila ramai yang percaya sesuatu itu jadi Islam kerana ia diletakkan rupabentuk Islam, walaupun hakikatnya ia tidak memenuhi ciri Islam.

Wednesday, 16 March 2016

Apa besarnya sekolah Cina dan sampai bila mahu bertarik tali?


Sekali lagi ultra kiasu bersikap resis dalam isu penempatan guru bukan Cina di sekolah-sekolah Cina.

Terbaharu, pemimpin ultra kiasu parti Gerakan mengancam kerajaan supaya memindahkan Penolong Kanan berbangsa India di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Ipoh yang baharu dilantik.

Sebelum ini, insiden yang sama juga berlaku di Mentakab di mana ultra kiasu Cina tidak mahu menerima guru bukan Cina yang tidak boleh berbahasa Cina.

Mereka mahukan operasi 78 SMJK Cina dan lebih 1,300 SRJKC seratus peratus Cina, menjadi sekolah satu warna.

Tindakan pemimpin ultra kiasu ini sebagai resis dan bercanggah dengan semangat perpaduan nasional.

Bangsa Melayu sering dituduh sebagai resis kerana dikatakan sering memperjuangkan hak-hak kaum asal.

Hairannya, tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam kerajaan dan pembangkang yang sensitif di dalalam isu perpaduan nasional ini.

Diharap agar kerajaan tidak tunduk dengan sikap mereka dan meneruskan dasar menempatkan lebih ramai guru-guru bukan Cina di SRJKC dan SMJKC.

Kerajaan perlu bertegas dan mencontohi negara-negara jiran, mengutamakan pendidikan nasional satu aliran sahaja.

Sampai bila mahu bertarik tali?

Kita lebih banyak menghulur tali, sehingga talian hayat pun sudah hampir putus.

Tinggal apa lagi?

Fikirkanlah sama perkara yang sangat penting iaitu pembenaan NEGARA BANGSA yang di war-warkan.

Menjadi  persoalan adalah keengganan sekolah-sekolah Cina menerima guru-guru bukan Cina sedangkan masalah ini tidak berlaku di sekolah kebangsaan.

Jika di SK dan SMK boleh menerima guru bukan Melayu, tidak kira sama ada mereka mahir berbahasa Melayu atau tidak, kenapa tidak di SJKC?

Apa besarnya SJKC?

Atau SJKC lebih menjadi keutamaan dari SK?

Golongan ultra kiasu ini perlu diajar bagaimana menghargai toleransi orang Melayu terhadap mereka.

Perlulah bertanya kepada guru-guru bukan Melayu di SK, bagaimana layanan pengetua Melayu terhadap mereka.

Tidak kurang yang mendapat APC setiap tahun sehingga seolah-olah ada kouta khas untuk mereka.

Apakah sama seperti yang berlaku di SJKC?

Buatlah kajian sistem pendidikan di seluruh dunia, apakah ada seperti di Malaysia?

Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan pun semakin hilang peranannya.

Bahasa lain semakin mengukuh disebabkan sikap orang Melayu yang “sangat-sangat bertimbang rasa”.

Tidak cukup dengan itu, desakan dan tekanan terus diberikan terhadap KPM iaitu memberikan syarat-syarat guru bukan Cina tidak boleh dipindahkan ke SJKC dan SMJK tanpa kebenaran Dong Jiao Zong dan Hua Tuan.

Silibus BM mesti lebih mudah dari SK dan SMK.

UEC mesti diiktiraf.

Apa lagi mereka mahu?

Pastinya, “beri betis hendak paha”!

Saturday, 12 March 2016

Ramai Juga Rakyat Malaysia Yang Perasan Rupanya!

Sebanyak 79% rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai kumpulan kelas pertengahan, berbanding 46% peratus berdasarkan pendapatan isi rumah bulanan sebenar, kata Hakuhodo Institute of Life and Living Asean (Hill Asean).

Kumpulan pemikir itu yang ditubuhkan pada 2014 oleh syarikat pengiklanan kedua terbesar Jepun, Hakuhodo Inc, hari ini mengumumkan hasil daripada penyelidikan terbaharunya, di sini.

Hasil penyelidikannya mendapati sebahagian besar rakyat Malaysia dan Asean mengenal pasti diri mereka sendiri sebagai kumpulan kelas pertengahan tanpa mengambil kira pendapatan sebenar mereka, menunjukkan bahawa pentakrifan semula ‘kelas pertengahan’ mungkin diperlukan.

Pengurus perancangan strategik Hill Asean Ann Liew dalam pembentangannya berkata laporan itu menunjukkan kemunculan "pertengahan tanpa had", satu kumpulan yang bijak mencari cara untuk menjalani hidup mengikut gaya hidup yang mereka hajati dengan menyesuaikan pendapatan dan perbelanjaan tanpa had, tidak terikat dengan tahap pendapatan semasa mereka.

“Mereka berbuat demikian dengan meningkatkan sumber pendapatan mereka dengan bekerja sampingan, manakala masih mengekalkan pekerjaan sepenuh masa, sebagai contoh, seorang pakar kecantikan di Malaysia menggunakan media sosial sebagai platform untuk meningkatkan pendapatan.

“Beliau membeli pakaian dan barangan kecantikan semasa berkunjung ke luar negara dan kemudiannya menjual barangan tersebut di media sosial,” kata Liew pada forum “Sei-Katsu-Sha” Asean di sini hari ini yang menumpukan kepada perspektif baharu mengenai kelas pertengahan Asean.

Golongan "pertengahan tanpa had" ini juga mengawal perbelanjaan mereka, sebagai contoh menyimpan stok kopi bertin apabila terdapat jualan murah dan memperuntukkan perbelanjaan untuk pendapatan masa depan, sebagai contoh melabur dalam generasi akan datang dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa agar mereka kelak boleh bekerja di luar negara pada masa hadapan.

Menurut laporan itu, trend ini merupakan peralihan daripada menjalani kehidupan yang mereka mampu kepada mencari jalan menampung kehidupan yang mereka mahu, katanya.

Penyelidikan oleh Hill Asean itu adalah berasaskan “sei-katsu-sha”, yang merupakan falsafah bagi mendapat pemahaman mendalam tentang gaya hidup, aspirasi dan impian penduduk di negara-negara Asean.

Penyampai lain pada forum tersebut, pengurus perancangan strategik Hill Asean Daniel Lim Kuo Minh berkata, tidak seperti kelas pertengahan tradisi yang berbelanja secara berhemat, perbelanjaan bagi kelas pertengahan tanpa had dianggap sebagai pelaburan pendahuluan di mana manfaat atau nilai daripadanya tidak sepenting seperti pulangan yang diperoleh dalam mencapai gaya hidup yang dihajatinya.

Ini bermakna strategi pemasaran dan komunikasi generasi seterusnya yang menyasarkan kumpulan ‘pertengahan tanpa had’ perlu menumpukan kepada mereka bentuk dan memaksimumkan pulangan bagi pelaburan, katanya.

Kaji selidik itu memantau pendekatan tingkah laku, pendapatan, perbelanjaan dan gaya hidup berbeza di lima bandar raya Asean — Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Ho Chi Minh City. — Bernama. 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...