Tuesday, 22 March 2016

Keganasan Persepsi


Keganasan persepsi merujuk kepada pembabitan masyarakat dan golongan tertentu melalui saluran komunikasi seperti media sosial dan aplikasi telefon pintar yang mengandungi unsur provokasi, emosi serta sentimen keterlaluan yang mendorong kepada persekitaran negatiif.

Keganasan persepsi adalah satu ancaman baharu yang mampu menjejaskan perpaduan ummah, keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Masyarakat mudah terpengaruh dan dikelirukan dalam menerima maklumat yang belum dipastikan kebenarannya.

Ia lebih bahaya daripada keganasan senjata dan mampu mewujudkan anarki dan mempengaruhi masyarakat menjatuhkan kerajaan yang demokratik.

Ancaman ini semakin serius berikutan penggunaan media baharu yang mampu menerobos ke setiap sudut rumah dan mempengaruhi golongan remaja, khususnya.

Ia perlu ditangani secara strategik dan bersepadu supaya tidak menjejaskan perpaduan umah dan keselamatan negara.

Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara berlaku.

Persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.

Sesuatu persepsi tidak lagi terikat dalam lingkungan pemikiran seseorang individu, tetapi boleh bercambah pantas menjadi persepsi ramai.

Pelbagai berita, maklumat, gambar, data dan fakta yang berbentuk andaian mahupun fitnah yang jelas belum tentu kesahihannya disebarkan dalam media sosial untuk mempengaruhi dan meracuni pemikiran dan minda masyarakat kita secara keseluruhannya.

Keadaan menjadi semakin parah dan kritikal apabila pengguna media sosial dengan pantas memviralkan maklumat yang mereka terima itu tanpa usul periksa.

Ini menyebabkan fitnah yang dicetuskan itu tersebar luas dan menjadi viral dalam kalangan pengguna media sosial. Akhirnya pengguna media sosial merumuskan fitnah tersebut adalah benar dan sahih.

Keganasan persepsi seperti ini jelas boleh merosakkan dan menghancurkan negara dan masyarakat kita.

Ia membuka peluang untuk kita memandang serong kepada semua perkara tanpa menilai dengan sewajarnya.

Pertimbangan akal yang longgar dari pengguna media sosial terutamanya golongan muda cukup memudaratkan.

Hari ini kita boleh melihat betapa pengguna media sosial berdebat, menzahirkan pandangan dan pendapat masing-masing mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan berdasarkan persepsi masing-masing.

Rata-rata menjatuhkan hukuman sebelum sesuatu isu mahupun individu itu dibuktikan benar mahupun bersalah.

Akibatnya perasaan benci dan marah yang dicetuskan oleh emosi yang terganggu mula mengambil tempat.

Adakah wajar perkara seumpama ini dibiarkan terus berleluasa?

Apakah ini kos yang perlu dibayar untuk menikmati kebebasan bersuara?

Diharap masyarakat agar sentiasa menilai dengan baik apa jua maklumat yang disebarkan melalui media sosial.

Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya.

Jangan mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya perkara yang boleh menggugat kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...