Sesungguhnya
petempuran antara parti-parti politik Melayu Islam amat mengharu-birukan kerana
telah menular di kalangan intelek, golongan agamawan, komuniti business,
pemimpin-pemimpin NGO dan lain-lain. Suasana ini sangat kronik sehingga di
sebalik perseteruan sesama penyokong politik, golongan tersebut terbabit sama
di dalam perang politik ini.
Agenda
bumiputera juga telah lama terabai kerana pemimpin-pemimpin politik Melayu
tenggelam dengan keasyekan cuba menggadai hak keistimewaan Melayu/bumiputera
demi memikat sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina.
Keputusan
PRU-13 sewajarnya usah dikesali kerana ianya merupakan satu fasa dalam sebuah
perjuangan. Kejayaan terbesar dalam PRU-13 adalah kejayaan Melayu UMNO,
bumiputera Sabah dan Sarawak meningkatkan mejoriti sokongan di sebalik kisah ‘berpaling
tadah’ kaum Cina. Parti-parti yang berteraskan bumiputera ini telah memperolehi
pengajaran politik baru iaitu mereka tetap boleh membentuk kerajaan walaupun
tanpa sokongan kaum Cina.
Selepas
ini, kerajaan BN wajib kembali ke dasar, pulang ke akar umbi, menoleh ke kampung-kampung
dan desa-desa, menjenguk semula kepada pekebun kecil, perternak kecil dan
usahawan kecil di mana mejoriti Melayu dan bumiputera terhimpun dan tetap setia
mempertahankan UMNO-BN.
Jika
selama ini kerajaan boleh berbelanja besar beratus-ratus billion ringgit untuk
pengundi bandar yang mejoritinya berbangsa Cina yang menolak BN dan
memperlekehkan UMNO (Melayu), alangkah besarnya perubahan yang berlaku jika
dana sebesar itu disediakan untuk pembangunan sektor ekonomi luar bandar di
mana penghuninya tetap setia menyokong BN. 'Ini Kalilah' kepada 'Lain Kalilah'………Wassalam.

