Saturday, 11 May 2013

LAIN KALI LAH WAK !




Sesungguhnya petempuran antara parti-parti politik Melayu Islam amat mengharu-birukan kerana telah menular di kalangan intelek, golongan agamawan, komuniti business, pemimpin-pemimpin NGO dan lain-lain. Suasana ini sangat kronik sehingga di sebalik perseteruan sesama penyokong politik, golongan tersebut terbabit sama di dalam perang politik ini.

Agenda bumiputera juga telah lama terabai kerana pemimpin-pemimpin politik Melayu tenggelam dengan keasyekan cuba menggadai hak keistimewaan Melayu/bumiputera demi memikat sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu terutama kaum Cina.

Keputusan PRU-13 sewajarnya usah dikesali kerana ianya merupakan satu fasa dalam sebuah perjuangan. Kejayaan terbesar dalam PRU-13 adalah kejayaan Melayu UMNO, bumiputera Sabah dan Sarawak meningkatkan mejoriti sokongan di sebalik kisah ‘berpaling tadah’ kaum Cina. Parti-parti yang berteraskan bumiputera ini telah memperolehi pengajaran politik baru iaitu mereka tetap boleh membentuk kerajaan walaupun tanpa sokongan kaum Cina.

Selepas ini, kerajaan BN wajib kembali ke dasar, pulang ke akar umbi, menoleh ke kampung-kampung dan desa-desa, menjenguk semula kepada pekebun kecil, perternak kecil dan usahawan kecil di mana mejoriti Melayu dan bumiputera terhimpun dan tetap setia mempertahankan UMNO-BN.

Jika selama ini kerajaan boleh berbelanja besar beratus-ratus billion ringgit untuk pengundi bandar yang mejoritinya berbangsa Cina yang menolak BN dan memperlekehkan UMNO (Melayu), alangkah besarnya perubahan yang berlaku jika dana sebesar itu disediakan untuk pembangunan sektor ekonomi luar bandar di mana penghuninya tetap setia menyokong BN. 'Ini Kalilah' kepada 'Lain Kalilah'………Wassalam.



Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...