Kadang-kadang
timbul kesangsian di kalangan rakyat berdasarkan insiden lalu berkaitan sikap
resis sesuatu kaum terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini yang
ditangani tanpa penghujungnya. Tindakan yang diambil seolah-olah atas
sebab-sebab yang sukar dimengertikan. Tindakan tegas yang diharapkan selalunya
tidak menjadi kenyataan.
Kelmarin,
seorang ibu di Gelang patah membuat laporan polis terhadap seorang guru
berbangsa Cina selepas menerima aduan daripada anaknya terhadap guru berkenaan.
Difahamkan bahawa seorang guru tersebut yang bertugas di sebuah sekolah di
Gelang Patah, Johor yang didakwa bersikap perkauman bukan sahaja mengeluarkan
kata-kata yang menunjukkan kebencian terhadap pelajar Melayu, malah menghasut
para pelajarnya membenci sistem pentadbiran negara.
Dakwa
ibu berkenaan, antara perkataan yang digunakan guru terbabit adalah ‘kerajaan
bodoh’, ‘kerajaan lembu’ dan ‘kerajaan babi sebab diketuai oleh orang Melayu’.
Selain itu, guru terbabit juga sering memanggil pelajar Melayu dengan panggilan
‘Melayu Bodoh’ ‘Melayu babi’, ‘Melayu bangang’ dan ‘Melayu sial’.
Pihak
berkuasa sepatutnya tidak boleh berkompromi di dalam isu-isu yang membabitkan
perkauman. Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian
serius terhadap isu ini dan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap guru
berkenaan supaya menjadi pengajaran kepada semua.
Kerajaan
juga sewajarnya menubuhkan satu pasukan khas di Kementerian Pendidikan
bertujuan menerima dan menyiasat setiap aduan serta mengambil tindakan terhadap
insiden seperti ini termasuk di sekolah-sekolah vernakular.
Tindakan
serupa sepatutnya diambil terhadap kumpulan Red
Bean Army yang sering menyentuh isu-isu berkaitan perkauman menerusi
blog-blog popular mereka sejak enam tahun lalu. Sebahagian kita yang biasa
melayari blog, facebook, Twittrer dan pelbagai rangkaian dunia siber lain akan
bersetuju apa yang berlaku selama ini seolah-olah pihak berkuasa tidak
mempunyai taring dan tidak dapat melakukan sesuatu hingga terpaksa membiarkan
keadaan menjadi amat parah.
Bebarapa
tahun lalu, seorang Pengetua di Johor terpaksa menerima hukuman gara-gara
dikatakan bersikap perkauman terhadap seorang pelajar. Adakah pihak berkuasa hanya
bertindak terhadap guru-guru Melayu yang selama ini bermati-matian membangunkan
anak bangsa tanpa mengira kaum atau fahaman? Mereka sering menyemai sikap taat
setia dan bersikap patriotik serta melaksanakan serta mempertahankan setiap
dasar-dasar yang digubal oleh pemerintah?
Kalau
keadaan ini berterusan, alangkah sedihnya menjadi seorang Melayu di tanah
tumpah darahnya sendiri…… Wassalam.

