Monday, 3 June 2013

Lagi-lagi Bangsa Melayu Yang Kena!


Kadang-kadang timbul kesangsian di kalangan rakyat berdasarkan insiden lalu berkaitan sikap resis sesuatu kaum terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini yang ditangani tanpa penghujungnya. Tindakan yang diambil seolah-olah atas sebab-sebab yang sukar dimengertikan. Tindakan tegas yang diharapkan selalunya tidak menjadi kenyataan.  

Kelmarin, seorang ibu di Gelang patah membuat laporan polis terhadap seorang guru berbangsa Cina selepas menerima aduan daripada anaknya terhadap guru berkenaan. Difahamkan bahawa seorang guru tersebut yang bertugas di sebuah sekolah di Gelang Patah, Johor yang didakwa bersikap perkauman bukan sahaja mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kebencian terhadap pelajar Melayu, malah menghasut para pelajarnya membenci sistem pentadbiran negara.

Dakwa ibu berkenaan, antara perkataan yang digunakan guru terbabit adalah ‘kerajaan bodoh’, ‘kerajaan lembu’ dan ‘kerajaan babi sebab diketuai oleh orang Melayu’. Selain itu, guru terbabit juga sering memanggil pelajar Melayu dengan panggilan ‘Melayu Bodoh’ ‘Melayu babi’, ‘Melayu bangang’ dan ‘Melayu sial’.

Pihak berkuasa sepatutnya tidak boleh berkompromi di dalam isu-isu yang membabitkan perkauman. Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian serius terhadap isu ini dan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap guru berkenaan supaya menjadi pengajaran kepada semua.

Kerajaan juga sewajarnya menubuhkan satu pasukan khas di Kementerian Pendidikan bertujuan menerima dan menyiasat setiap aduan serta mengambil tindakan terhadap insiden seperti ini termasuk di sekolah-sekolah vernakular.

Tindakan serupa sepatutnya diambil terhadap kumpulan Red Bean Army yang sering menyentuh isu-isu berkaitan perkauman menerusi blog-blog popular mereka sejak enam tahun lalu. Sebahagian kita yang biasa melayari blog, facebook, Twittrer dan pelbagai rangkaian dunia siber lain akan bersetuju apa yang berlaku selama ini seolah-olah pihak berkuasa tidak mempunyai taring dan tidak dapat melakukan sesuatu hingga terpaksa membiarkan keadaan menjadi amat parah.

Bebarapa tahun lalu, seorang Pengetua di Johor terpaksa menerima hukuman gara-gara dikatakan bersikap perkauman terhadap seorang pelajar. Adakah pihak berkuasa hanya bertindak terhadap guru-guru Melayu yang selama ini bermati-matian membangunkan anak bangsa tanpa mengira kaum atau fahaman? Mereka sering menyemai sikap taat setia dan bersikap patriotik serta melaksanakan serta mempertahankan setiap dasar-dasar yang digubal oleh pemerintah?

Kalau keadaan ini berterusan, alangkah sedihnya menjadi seorang Melayu di tanah tumpah darahnya sendiri…… Wassalam.










Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...