Tuesday, 4 June 2013

Beri Betis Nak Peha


Kerajaan usahlah berkompromi lagi dengan sebarang tuntutan pertubuhan ekstremis Dong Zong yang mempunyai semangat resis dan ultra kiasu yang menebal dan tidak mementingkan keharmonian kaum di negara ini.

Kerajaan selama ini dilihat terlalu memberi muka dalam memenuhi kehendak pertubuhan itu sehingga mereka naik lemak dengan lantang mengkritik kerajaan terutama berkaitan dengan dasar pendidikan negara ini.

Dong Zong dilihat langsung tidak pernah menghargai dan berterima kasih dengan niat baik kerajaan melantik wakil masyarakat cina dalam barisan kabinet di sebalik tsunami Cina dalam PRU ke-13 lalu.

Sudah tiba masanya kerajaan lebih memikirkan tentang kepentingan kaum lain khususnya bumiputra terutamanya Melayu yang selama ini banyak bersabar dengan kerenah ultra resis dan ultra kiasu ini.

Sebelum ini Dong Ziong mempertikaikan perlantikan dua orang berketurunan Cina dalam kabinet kerana dikatakan tidak fasih berbahasa Mandarin. Tindakan pertubuhan itu mempolitikan isu itu adalah dengan sengaja dan terancang bertujuan menyalakan api kemarahan masyarakat berketurunan Cina supaya membenci kerajaan dan meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini..

Hak melantik menteri merupakan kuasa penuh PM dan semua rakyat perlu menghormati keputusan tersebut. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada peruntukan yang menyatakan seorang menteri wajar fasih berbahasa Manderin tetapi yang lebih wajar ialah boleh berbahasa Melayu dengan fasih dan lancar bagi urusan kelancaran pentadbiran negara.

Kerajaan mempunyai tanggungjawab besar membalas kepercayaan khususnya kaum bumiputra dan Melayu yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan berkerja lebih kuat dan lebih serius, bukannya melayan kerenah menoriti ultra kiasu dan ultra resis ini yang tidak tahu dek untung seperti pepatah Melayu ‘diberi betis nak peha’....Wassalam.


Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...