Kerajaan
usahlah berkompromi lagi dengan sebarang tuntutan pertubuhan ekstremis Dong
Zong yang mempunyai semangat resis dan ultra kiasu yang menebal dan tidak
mementingkan keharmonian kaum di negara ini.
Kerajaan
selama ini dilihat terlalu memberi muka dalam memenuhi kehendak pertubuhan itu
sehingga mereka naik lemak dengan lantang mengkritik kerajaan terutama
berkaitan dengan dasar pendidikan negara ini.
Dong
Zong dilihat langsung tidak pernah menghargai dan berterima kasih dengan niat
baik kerajaan melantik wakil masyarakat cina dalam barisan kabinet di sebalik
tsunami Cina dalam PRU ke-13 lalu.
Sudah
tiba masanya kerajaan lebih memikirkan tentang kepentingan kaum lain khususnya
bumiputra terutamanya Melayu yang selama ini banyak bersabar dengan kerenah ultra
resis dan ultra kiasu ini.
Sebelum
ini Dong Ziong mempertikaikan perlantikan dua orang berketurunan Cina dalam kabinet
kerana dikatakan tidak fasih berbahasa Mandarin. Tindakan pertubuhan itu
mempolitikan isu itu adalah dengan sengaja dan terancang bertujuan menyalakan
api kemarahan masyarakat berketurunan Cina supaya membenci kerajaan dan
meruntuhkan sistem demokrasi di negara ini..
Hak
melantik menteri merupakan kuasa penuh PM dan semua rakyat perlu menghormati
keputusan tersebut. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada peruntukan yang
menyatakan seorang menteri wajar fasih berbahasa Manderin tetapi yang lebih
wajar ialah boleh berbahasa Melayu dengan fasih dan lancar bagi urusan
kelancaran pentadbiran negara.
Kerajaan
mempunyai tanggungjawab besar membalas kepercayaan khususnya kaum bumiputra dan
Melayu yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan berkerja lebih
kuat dan lebih serius, bukannya melayan kerenah menoriti ultra kiasu dan ultra
resis ini yang tidak tahu dek untung seperti pepatah Melayu ‘diberi betis nak
peha’....Wassalam.
.jpg)
