Sunday, 27 October 2013

Apabila SKMM Tidur

 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) seharusnya mengambil tindakan yang tegas terhadap pengguna internet khususnya di dalam laman-laman sosial yang mengeluarkan kenyataan dan gambar-gambar menghina Islam serta berbaur perkauman.

Selama ini SKMM seolah-olah ‘tidur’ dan hanya ‘makan gaji buta sahaja’ seolah-olah ‘tiada telur’ untuk bertindak dalam menangani isu tersebut. Kejadian menghina dan menyerang agama (Islam) dan berbaur perkauman (Melayu) terus-menerus berulang dan lebih malang dilakukan oleh individu atau kelompok yang sama.

Terbaru, seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Sathles Ray didapati menghina Islam dengan memaparkan gambar anjing bersembahyang di atas sejadah serta kalimah Allah yang dilakar dengan gambar anjing dan babi.

Pemilik akaun ini yang turut dikesan menggunakan nama Adlin Abdul Jalil serta nama samaran Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara pernah melakukan perkara yang sama kira-kira dua tahun yang lalu. Yang menghairankan, walaupun beberapa laporan polis telah dibuat, tetaip belum ada tindakan yang tegas diambil terhadap individu berkenaan.

Sebagai rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan untuk membayar gaji pekerja-pekerja SKMM, aku amat kecewa dan malu kerana penghinaan terhadap umat Islam seperti ini terus berlaku walaupun negara ini adalah negara Islam.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...