Namun Isu ini telah mendapat tentangan beberapa pihak
termasuk MCA dan Sister in Islam (SIS).
Peraturan dan undang-undang atau apa sahaja istilahnya adalah
sesuatu yang baik terutamanya untuk seluruh manusia.
Bukan sahaja di Kelantan malah di mana-mana di muka bumi ini,
bagi umat Islam sejak kecil lagi mereka dibekalkan dengan kod etika pemakaian
menutup aurat demi maruah dan martabat mereka sebagai muslim.
Oleh itu Islam liberal dan penganut agama lain tidak wajar
mempersoalkan perkara ini, kerana ada peraturan tertentu di dalam apa-apa agama
sekalipun yang tidak boleh dibahaskan dengan akal dan logik.
Orang Islam melihat penentangan peraturan ini di Kelantan oleh
MCA dan SIS sebagai satu campur tangan di dalam hukum hakam agama Islam oleh
mereka yang non Muslim dan mereka yang berfahaman liberal.
Di Kelantan daripada 1.4 juta penduduknya, 96% adalah Melayu
beragama Islam. Apakah masalah sebenar MCA dan SIS ini???? Selain itu,
peraturaan ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.
Orang Islam tidak pernah menganggap menutup aurat terutamanya
bertudung kepala sebagai satu kongkongan malah menganggap ianya merupakan kod etika
berpakaian yang diwajibkan di dalam Islam.
Ironinya, ada sesetengah di kalangan orang politik MCA
sendiri menerima seks luar nikah sebagai amalan mereka, namun umat Islam di
negara ini tidak pernah mempersoalkannya.
Selain itu, tindak-tanduk SIS yang banyak memberi sokongan
moral terhadap agenda LGBT di negara ini seperti kempen Seksualiti Merdeka yang
diterajui oleh S.Ambiga telah mencemar kesucian agama Islam.
Kepada MCA, tidak perlulah mencampuri hukum-hukum yang
ditetapkan oleh Islam. Perbetulkan dahulu moral sesetengah ahli parti mereka
sendiri.
Kepada NGO Islam (SIS) yang selalu memusuhi agamanya sendiri,
tolonglah hormati agama Islam yang mereka anuti. Janganlah membawa persepsi
buruk hukum Allah (menutup aurat) itu kepada non Muslim sebagai satu kongkongan
terutamanya terhadap wanita Islam.
Biarlah hal ehwal pemerintahan Islam di Kelantan diuruskan
oleh kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat.
Peraturan memakai tudung bukanlah peraturan yang zalim, malah
iannya akan meninggikan martabat wanita Islam dan membawa banyak kebaikan dari
keburukan.