Monday, 3 November 2014

Isu Peraturaan Pemaikan Tudung di Kelantan : Apa Masalahnya ?????



Isu peraturan menutup aurat yang dilaksanakan oleh PBT Kelantan amat dialu-alukan oleh seluruh umat Islam di negara ini. 

Namun Isu ini telah mendapat tentangan beberapa pihak termasuk MCA dan Sister in Islam (SIS).
Peraturan dan undang-undang atau apa sahaja istilahnya adalah sesuatu yang baik terutamanya untuk seluruh manusia.

Bukan sahaja di Kelantan malah di mana-mana di muka bumi ini, bagi umat Islam sejak kecil lagi mereka dibekalkan dengan kod etika pemakaian menutup aurat demi maruah dan martabat mereka sebagai muslim.

Oleh itu Islam liberal dan penganut agama lain tidak wajar mempersoalkan perkara ini, kerana ada peraturan tertentu di dalam apa-apa agama sekalipun yang tidak boleh dibahaskan dengan akal dan logik.

Orang Islam melihat penentangan peraturan ini di Kelantan oleh MCA dan SIS sebagai satu campur tangan di dalam hukum hakam agama Islam oleh mereka yang non Muslim dan mereka yang berfahaman liberal.

Di Kelantan daripada 1.4 juta penduduknya, 96% adalah Melayu beragama Islam. Apakah masalah sebenar MCA dan SIS ini???? Selain itu, peraturaan ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Orang Islam tidak pernah menganggap menutup aurat terutamanya bertudung kepala sebagai satu kongkongan malah menganggap ianya merupakan kod etika berpakaian yang diwajibkan di dalam Islam.

Ironinya, ada sesetengah di kalangan orang politik MCA sendiri menerima seks luar nikah sebagai amalan mereka, namun umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkannya.

Selain itu, tindak-tanduk SIS yang banyak memberi sokongan moral terhadap agenda LGBT di negara ini seperti kempen Seksualiti Merdeka yang diterajui oleh S.Ambiga telah mencemar kesucian agama Islam.

Kepada MCA, tidak perlulah mencampuri hukum-hukum yang ditetapkan oleh Islam. Perbetulkan dahulu moral sesetengah ahli parti mereka sendiri.

Kepada NGO Islam (SIS) yang selalu memusuhi agamanya sendiri, tolonglah hormati agama Islam yang mereka anuti. Janganlah membawa persepsi buruk hukum Allah (menutup aurat) itu kepada non Muslim sebagai satu kongkongan terutamanya terhadap wanita Islam.

Biarlah hal ehwal pemerintahan Islam di Kelantan diuruskan oleh kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat. 

Peraturan memakai tudung bukanlah peraturan yang zalim, malah iannya akan meninggikan martabat wanita Islam dan membawa banyak kebaikan dari keburukan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...