Melayu dan Kaum Bumiputera Sabah Dan Sarawak mendapat hak istimewa seperti yang
disebut dalam perlembagaan Malaysia seperti yang terdapat pada artikel perkara
153, perkara 89, perkara 90 dan beberapa perkara yang termaktub lagi.
Kaum Melayu dan Bumiputera mendapat hak istimewa dalam beberapa perkara
terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.