Thursday, 14 July 2016

"Si Kitul @ Kitol" sedang bermain api!


Melayu dan Kaum Bumiputera Sabah Dan Sarawak mendapat hak istimewa seperti yang disebut dalam perlembagaan Malaysia seperti yang terdapat pada artikel perkara 153, perkara 89, perkara 90 dan beberapa perkara yang termaktub lagi.

Kaum Melayu dan Bumiputera mendapat hak istimewa dalam beberapa perkara terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.


Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah kaum majoriti dan kaum asal di Malaysia ini.

Sungguhpun begitu, terdapat lagi jurang besar terutamanya dalam sektor ekonomi antara Melayu/Bumiputera dengan kaum keturunan pendatang.

Terdapat juga jurang besar antara kaum Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum lain dalam sektor professional.

Tetapi alhamdulillah, dengan beberapa dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru berjaya mengurangkan jurang kemiskinan antara Melayu/Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Jurang peratusan golongan professional antara kaum (yang berdaftar) juga semakin berkurang berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Kenapa Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak diberikan keistimewaan?

Kerana Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak merupakan tuan asal kepada tanahair ini.

Kedudukan istimewa orang Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak juga merupakan persetujuan antara Melayu dan bukan Melayu melalui kontrak sosial (Perlembagaan Persekutuan).

Orang bukan Melayu mendapat kewarganegaraan melalui konsep jus soli dan Orang Melayu mendapat hak-hak keistimewaanseperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apakah maksud adil bagi Abdul Aziz ni?

Adil bukan bermaksud sama rata.

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tahukah beliau bahawa salah satu punca ketegangan kaum berlaku pada  13 Mei itu kerana jurang ekonomi dan kelas sosial antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu sangat luas?

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum.

Kaum Melayu terhina disebabkan provokasi melampau di KL pada masa itu.

Mahukan hal ini kembali berlaku?

Ketuanan Melayu tiada kena mengena dengan UMNO.

Nak letakkan Bangsa Malaysia di kad pengenalan?

Sebelum itu, suruh wakil wakil dari DAP fasih bahasa Melayu dulu.

Sekolahkan dahulu sang penghina, Nga Kor Ming dan beberapa ahli DAP supaya menghormati bangsa Melayu dan Islam.

Hak kaum lain lansung tidak pernah dinafikan sama sekali di Malaysia menurut Perlembagaan Malaysia.

Mereka bebas hidup beragama, mengumpul kekayaan dan hidup aman sejahtera.

Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak pernah mengungkit berkaitan istilah tidak adil di dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 153.

Kenapa puak-puak kiasu di dalam DAP mahu menghapuskan perlembagaan perkara 153?

Anda boleh menilai sendiri!

Nampaknya anak muda Melayu @ Bumiputera Sarawak ini perlu lebih cermat untuk mengeluarkan kenyataan yang mengguris.

Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak  bukan mahu menjadi rasis, tetapi cuma mahu menegakkan apa yang termaktub dalam perlembagaan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...