Kisah viral kebiadaban lelaki Cina rasis yang bersikap
kurang ajar terhadap umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di JB semalam
ternyata mendedahkan pelbagai isu lain.
Ketika netizen propembangkang hangat menghina umat
Islam menerusi media sosial dengan pelbagai gelaran jijik, rupa-rupanya kes ini
membongkar sikap sebenar pihak tertentu yang memang berniat sengaja cari pasal.
Suasana harmoni Bangsa Johor yang bangga dengan cuti hari Jumaat, nampaknya cuba dijadikan isu oleh pihak tidak bertanggungjawab
dan lebih teruk seperti sengaja mencetuskan perasaan marah umat Islam.
Isunya mudah, kawasan sekitar surau Austin Perdana memang
lazim sesak sejam sebelum dan selepas solat fardu Jumaat.
Di Johor, mana-mana kawasan surau Jumaat yang lazim ada di
taman perumahan dipasang papan tanda pemberitahuan oleh pihak berkuasa tempatan
bagi memaklumkan penutupan jalan sepanjang solat fardu itu.
Perkara ini bukan baharu sehari dua, tetapi sudah lama di seluruh negeri Johor.
Untuk memasang papan tanda, pihak komuniti meminta kelulusan melalui pihak kerajaan tempatan setelah dikaji
teliti oleh wakil Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Islam Johor dan polis
trafik.
Maka tindakan pemandu biadab yang sengaja membunyikan hon
apabila keretanya tersekat di laluan surau itu mencetuskan tanda tanya?
Adakah dia tidak faham bahasa Melayu atau gagal lulus ujian
memandu kenderaan atau sengaja membuat provokasi terhadap umat Islam di negeri
Johor?
Sekali pun pemandu itu tersilap jalan dan terperangkap di
laluan itu kerana konon tidak biasa di situ, kenapa perlu membunyikan hon di dalam keadan umat Islam sedang beribadat?
Apabila ditegur oleh beberapa ahli jamaah yang telah selesai menunaikan solat, Si Lahabau ni tunjukkan isyarat lucah pulak sambil memandu di dalam keadaan amat berbahaya.
Pasti lahabau ini berniat mahu mencari gaduh dan kemudian
menyalahkah jemaah surau.
Kes tersebut sebetulnya mendedahkan perangai cauvinis pihak
tertentu yang sengaja mahu mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat majmuk.