Saturday, 6 May 2017

Sepesis Alvin Tan atau Namewee sudah kembali beraksi!


Kisah viral kebiadaban lelaki Cina rasis yang bersikap kurang ajar terhadap umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat di JB semalam ternyata mendedahkan pelbagai isu lain.

Ketika netizen propembangkang hangat menghina umat Islam menerusi media sosial dengan pelbagai gelaran jijik, rupa-rupanya kes ini membongkar sikap sebenar pihak tertentu yang memang berniat sengaja cari pasal.

Suasana harmoni Bangsa Johor yang bangga dengan cuti hari Jumaat, nampaknya cuba dijadikan isu oleh pihak tidak bertanggungjawab dan lebih teruk seperti sengaja mencetuskan perasaan marah umat Islam.

Isunya mudah, kawasan sekitar surau Austin Perdana memang lazim sesak sejam sebelum dan selepas solat fardu Jumaat.

Di Johor, mana-mana kawasan surau Jumaat yang lazim ada di taman perumahan dipasang papan tanda pemberitahuan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memaklumkan penutupan jalan sepanjang solat fardu itu.

Perkara ini bukan baharu sehari dua, tetapi sudah lama di seluruh negeri Johor.

Untuk memasang papan tanda, pihak komuniti meminta kelulusan melalui pihak kerajaan tempatan setelah dikaji teliti oleh wakil Jabatan Kerja Raya, Jabatan Agama Islam Johor dan polis trafik.

Maka tindakan pemandu biadab yang sengaja membunyikan hon apabila keretanya tersekat di laluan surau itu mencetuskan tanda tanya?

Adakah dia tidak faham bahasa Melayu atau gagal lulus ujian memandu kenderaan atau sengaja membuat provokasi terhadap umat Islam di negeri Johor?

Sekali pun pemandu itu tersilap jalan dan terperangkap di laluan itu kerana konon tidak biasa di situ, kenapa perlu membunyikan hon di dalam keadan umat Islam sedang beribadat?

Apabila ditegur oleh beberapa ahli jamaah yang telah selesai menunaikan solat, Si Lahabau ni tunjukkan isyarat lucah pulak sambil memandu di dalam keadaan amat berbahaya.

Pasti lahabau ini berniat mahu mencari gaduh dan kemudian menyalahkah jemaah surau.

Kes tersebut sebetulnya mendedahkan perangai cauvinis pihak tertentu yang sengaja mahu mewujudkan suasana tegang dalam masyarakat majmuk. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...