Kejadian seorang lelaki dipukul
gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat Jumaat sedang berlangsung di
sebuah surau di Johor Bahru semalam, membuktikan secara jelas betapa rapuhnya
sikap toleransi Bangsa Johor.
Bangsa Johor sepatutnya menjadikan
peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 sebagai iktibar untuk tidak mengulangi mana-mana
kesilapan berkaitan toleransi.
Isu ini tidak berlaku jika ada
sifat toleransi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.
Pembangkang sering mengatakan ‘jangan
cuba menakut-nakutkan rakyat dengan pertelingkahan kaum’, tetapi apa dipaparkan
menunjukkan hakikat sebenar.
Kejadiaan itu menunjukkan
kegagalan sistem nilai dan toleransi Bangsa Johor secara keseluruhannya.
Masalah parkir yang sesak ketika
upacara-upacara besar di Johor adalah perkara biasa.
Sikap tidak bertoleransi jelas terserlah
kepada pemandu kereta Camry putih yang terlibat.
Membunyikan hon ketika umat Islam sedang mengerjakan solat hanya
menunjukkan betapa biadap dan tiadanya toleransi lebih-lebih lagi ketika sesuatu upacara
agama dijalankan.
Ia sememangnya hanya akan
mengundang tidak puas hati dan kemarahan jemaah surau tersebut.


