Monday, 8 May 2017

Kerapuhan sikap toleran Bangsa Johor!




Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat Jumaat sedang berlangsung di sebuah surau di Johor Bahru semalam, membuktikan secara jelas betapa rapuhnya sikap toleransi Bangsa Johor.

Bangsa Johor sepatutnya menjadikan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 sebagai iktibar untuk tidak mengulangi mana-mana kesilapan berkaitan toleransi. 

Isu ini tidak berlaku jika ada sifat toleransi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.



Pembangkang sering mengatakan ‘jangan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan pertelingkahan kaum’, tetapi apa dipaparkan menunjukkan hakikat sebenar.

Kejadiaan itu menunjukkan kegagalan sistem nilai dan toleransi Bangsa Johor secara keseluruhannya.

Masalah parkir yang sesak ketika upacara-upacara besar di Johor adalah perkara biasa.

Sikap tidak bertoleransi jelas terserlah kepada pemandu kereta Camry putih yang terlibat.

 
Membunyikan hon ketika umat Islam sedang mengerjakan solat hanya menunjukkan betapa biadap dan tiadanya toleransi lebih-lebih lagi ketika sesuatu upacara agama dijalankan. 

Ia sememangnya hanya akan mengundang tidak puas hati dan kemarahan jemaah surau tersebut.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...