Friday, 1 September 2017

Maksud "Liberal" Dalam Rukun Negara


Rukun Negara digubal bertujuan menjaga perpaduan antara kaum dalam negara ini setelah masyarakat majmuk negara ini.

Oleh yang demikian ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang dipilih adalah menjurus kepada matlamat perpaduan dan menjaga kepentingan semua pihak dalam negara.

Pelbagai pihak memberi tafsiran masing-masing kepada apa yang dimaksudkan dengan perkataan liberal yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Ada pihak mentafsirn liberal bermaksud bebas manakala pihak lain mentafsir sebagai terbuka.

Liberal berasal daripada perkataan Latin iaitu liber bermaksud bebas atau tanpa kekangan

Maksud ini adalah berkait rapat dengan perkembangan falsafah Barat mengenai hak asasi manusia.

Namun liberal ini mestilah tertakluk kepada konteks negara di mana ia digunakan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah Agama bagi Persekutuan dan Perkara 4(1) menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara.

Ia membawa maksud tafsiran bagi perkataan liberal dalam perisytiharan Rukun Negara mestilah tunduk kepada Perlembagaan Persekutuan.

Liberal dalam hal ini bermaksud meraikan keterbukaan kepada kemajmukan tradisi-tradisi kebudayaan dan kepercayaan pelbagai kaum dalam Malaysia.

Bukannya keterbukaan kepada liberalisme, sekularisme, pluralisme, LGBT, ateisme, murtad, radikal evangelisme, sosialisme, komunisme dan pelbagai lagi fahaman asing serta aneh bagi negara ini sepertimana yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak.

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memutarbelitkan maksud-maksud yang terkandung dalam Rukun Negara mengikut agenda peribadi mereka dan Ianya merupakan suatu perbuatan pengkhianat.

Rakyat yang cintakan keamanan dan perpaduan wajib menolak sebarang agenda asing yang cuba dibawa masuk untuk menjajah pemikiran dan merosakkan keharmonian. 

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...