Rukun Negara digubal bertujuan
menjaga perpaduan antara kaum dalam negara ini setelah masyarakat majmuk negara
ini.
Oleh yang demikian ayat-ayat dan
perkataan-perkataan yang dipilih adalah menjurus kepada matlamat perpaduan dan menjaga
kepentingan semua pihak dalam negara.
Pelbagai pihak memberi tafsiran
masing-masing kepada apa yang dimaksudkan dengan perkataan liberal yang
terkandung di dalam Rukun Negara.
Ada pihak mentafsirn liberal
bermaksud bebas manakala pihak lain mentafsir sebagai terbuka.
Liberal berasal daripada
perkataan Latin iaitu liber bermaksud bebas atau tanpa kekangan.
Maksud ini
adalah berkait rapat dengan perkembangan falsafah Barat mengenai hak asasi
manusia.
Namun liberal ini mestilah
tertakluk kepada konteks negara di mana ia digunakan.
Perkara 3(1) Perlembagaan
Persekutuan menyatakan Islam adalah Agama bagi Persekutuan dan Perkara 4(1)
menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara.
Ia membawa maksud tafsiran bagi
perkataan liberal dalam perisytiharan Rukun Negara mestilah tunduk kepada
Perlembagaan Persekutuan.
Liberal dalam hal ini bermaksud
meraikan keterbukaan kepada kemajmukan tradisi-tradisi kebudayaan dan
kepercayaan pelbagai kaum dalam Malaysia.
Bukannya keterbukaan kepada
liberalisme, sekularisme, pluralisme, LGBT, ateisme, murtad, radikal
evangelisme, sosialisme, komunisme dan pelbagai lagi fahaman asing serta aneh
bagi negara ini sepertimana yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak.
Ada pihak yang tidak
bertanggungjawab cuba memutarbelitkan maksud-maksud yang terkandung dalam Rukun
Negara mengikut agenda peribadi mereka dan Ianya merupakan suatu perbuatan
pengkhianat.
Rakyat yang cintakan keamanan dan
perpaduan wajib menolak sebarang agenda asing yang cuba dibawa masuk untuk
menjajah pemikiran dan merosakkan keharmonian.

No comments:
Post a Comment