Diharap pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, pihak perhotelan
Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain yang menggunakan
papan tanda bersimbol apartheid begini.
Papan tanda yang dipaparkan memang jelas merupakan
diskriminasi terhadap wanita Muslim yang ingin menggunakan kolam renang di
hotel tersebut.
Larangan tersebut juga bermakna anak-anak Muslim terhalang
menggunakan kolam renang kerana ibu mereka yang menutup aurat tidak dapat
memantau secara efektif.
Penggunaan simbol yang berkait agama sebegini boleh
menggugat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama
dan kaum di negara ini.
Apabila hijab dan pakaian menutup aurat yang merupakan lambang
spesifik kepada umat Islam dijadikan isu larangan, ia merupakan polisi apartheid
dan sikap resis oleh pengusaha hotel berkanaan.
Ini bukan negara Israel, bukan negara apartheid dan bukan juga
negara Taliban, ini Malaysia!
