Saturday, 4 November 2017

Kata orang, ini bukan negara "Taliban"!

 

Diharap pihak berkuasa, Majlis Raja-Raja, pihak perhotelan Malaysia memandang serius perkara ini dan memastikan tiada hotel lain yang menggunakan papan tanda bersimbol apartheid begini.

Papan tanda yang dipaparkan memang jelas merupakan diskriminasi terhadap wanita Muslim yang ingin menggunakan kolam renang di hotel tersebut.

Larangan tersebut juga bermakna anak-anak Muslim terhalang menggunakan kolam renang kerana ibu mereka yang menutup aurat tidak dapat memantau secara efektif.

Penggunaan simbol yang berkait agama sebegini boleh menggugat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Apabila hijab dan pakaian menutup aurat yang merupakan lambang spesifik kepada umat Islam dijadikan isu larangan, ia merupakan polisi apartheid dan sikap resis oleh pengusaha hotel berkanaan.

Ini bukan negara Israel, bukan negara apartheid dan bukan juga negara Taliban, ini Malaysia! 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...