DAP Sarawak kini sedang melemparkan persepsi negatif tentang
agama Islam ke atas rakyat di negei tesebut.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebelum ini dilapor
mendakwa 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ke Sarawak bakal menjadi
permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli ‘gangguan’
keharmonian kaum di negeri itu.
Chieng Jen turut mendakwa kononnya guru Islam dari
Semenanjung Malaysia akan membawa versi ajaran Islam mereka dan
mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam UMNO dan
menyebabkan pengasingan kaum.
Chieng Jen sepatutnya tidak merumitkan keadaan dengan
skeptikal yang keterlaluan, prejudis dan membakar unsur fobia serta melampau
berhubung perkara tersebut.
Chieng Jen sebenarnya menghina profesion mulia para guru
yang ikhlas mendidik anak bangsa.
Orang seperti ini sepatutnya tidak perlu dipilih menjadi wakil
rakyat kerana sikap resis, prajudis dan menanam kebencian yang keterlaluan terhadap agama orang lain!