Thursday, 16 March 2017

Penghinaan profesion pendidikan!


DAP Sarawak kini sedang melemparkan persepsi negatif tentang agama Islam ke atas rakyat di negei tesebut.

Perkara ini adalah ekoran pengambilan 433 guru Pendidikan Islam dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.

DAP Sarawak mahu dilihat sebagai jaguh sentimen kenegerian apabila mengapi-apikan perbezaan hubungan sosial, interaksi dan budaya di mana secara tidak langsung turut melemparkan persepsi negatif kepada agama Islam.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sebelum ini dilapor mendakwa 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ke Sarawak bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli ‘gangguan’ keharmonian kaum di negeri itu.

Chieng Jen turut mendakwa kononnya guru Islam dari Semenanjung Malaysia akan membawa versi ajaran Islam mereka dan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam UMNO dan menyebabkan pengasingan kaum.

Chieng Jen sepatutnya tidak merumitkan keadaan dengan skeptikal yang keterlaluan, prejudis dan membakar unsur fobia serta melampau berhubung perkara tersebut.

Momokannya adalah tohmahan tidak berasas dan melulu, malah beliau telah memberi label politik ke atas para guru yang telah mengikuti kursus standard perguruan.

Chieng Jen sebenarnya menghina profesion mulia para guru yang ikhlas mendidik anak bangsa.

Orang seperti ini sepatutnya tidak perlu dipilih menjadi wakil rakyat kerana sikap resis, prajudis dan menanam kebencian yang keterlaluan terhadap agama orang lain!


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...