Saturday, 22 October 2011

Rupblik Rakyat Malaya

Penubuhan PKM bermula di Singapura pada tahun 1925 atas nama Overseas Communist Party. 

Ia kemudian ditukar nama dengan rasminya kepada Parti Komunis Malay (PKM) di Kuala Pilah pada 1930 dengan kehadiran wakil Comintern (Komunis Antarabangsa) iaitu Ho Chi Minh dari Vietnam. 

Di Malaya ketika itu, pengaruh ideologi komunis di kalangan masyarakat Cina di sebabkan pengaruh dari fahaman komunis dari Tanah Besar Cina.

Di samping sokongan moral dari pemimpin-pemimpin komunis Cina, penganut-penganut idologi komunis di di rantau ini turut ke Cina untuk belajar cara-cara survesif bagi mengembang fahaman ideologi ini ke seluruh Asia Tenggara.

Bagi masyarakat Melayu, pengaruh paling besar datangnya dari Indonesia, nama-nama besar seperti Tan Malaka, Mokhtaruddin Lasso serta Alimin Prawirodirdjo merangsang pemikiran puak berhaluan kiri di Malaya ketika itu. 

Malahan Presiden Sukarno yang berfahaman nasionalis – sosialis – komunis menjadi idola ketika itu dengan ucapan yang berapi-api membakar semangat orang-orang Melayu di seluruh Nusantara. 

Penyebaran pengaruh ideologi komunis ini memberi kesan yang besar kepada kumpulan berhaluan kiri di Malaya apalagi ia dikaitkan dengan tuntutan kemerdekaan dari penjajah British di samping cita-cita mereka untuk penubuhan sebuah negara bernama ‘Melayu Raya’ (gabungan Indonesia, kepulauan Broneo, Singapura dan Malaya).

Penubuhan PKM di Malaya adalah selaras dengan glombang komunis global di mana falsafah Marxis diguna pakai, juga falsafah itu terkandung dalam seruan Lenin 1919 di mana ‘menifesto’ untuk menjadikan seluruh dunia menjadi merah iaitu ‘matlamat menglalalkan cara’. 

Di dalam Das Kapital karangan Karl Marx yang menjadi kitab bagi golongan berfahaman komunis di mana manifesto komunis membawa seruan ‘demi mencapai cita-cita maka walau berbaik dengan ahli agama, tetapi apabila berjaya, ajaklah mereka menyertai kita dan jika enggan maka hapuskanlah’.  

Di Malaya telah tertubuhnya United Front kemudian berkerjasama  dengan puak-puak nasionalis, puak-puak berhaluan kiri, puak-puak pro-Sukarno dan juga golongan agama. 

United Front merupakan platform penyebaran idologi komunis di mana  membawa Mokhtaruddin Lasso dari Indonesia menerajui Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bagi tujuan mewujudkan sebuah negara bernama ‘Republik Rakyat Malaya’ yang berideologi komunis. 

Perjuangan PKM menentang British di Malaya ketika itu adalah bertujuan meluaskan dunia merah ke seluruh rantau ini dengan bantuan moral dan senjata dari Parti Komunis Rakyat Cina yang telah menguasai negara Cina pada tahun 1949 ketika itu dengan menjadikan segelintir puak-puak nasionalis, puak-puak berhaluan kiri, puak-puak pro-Sukarno dan golongan agama sebagai ‘kambing hitam’. 

Walaupun Malaya telah mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan nama Persekutuan Tanah Melayu, namun perjuangan Komunis tetap diteruskan selagi ajaran Karl Marx dan falsafah Lenin tidak bertapak kukuh untuk mewujudkan sebuah republik yang akan mengikis penguasaan kaum bumi sebagai pentadbir sebenar.

Di negara ini, komunis Melayu itu bukan berkaitan dengan Mat Indera, Abdullah CD, Rashid Maidin, Musa Ahmad, atau Samsiah Fakeh semata-mata, tetapi ia berkaitan dengan beberapa kerat orang Melayu di dalam Rejimen ke-10 sahaja, selebihnya merupakan kaum pendatang dari Tanah Besar Cina seperti Chin Peng, Chen Tien,  Goh Peng Tun dan ramai lagi yang mejoritinya menguasai PKM dari segenap segi. 

Jika ada sesetengah orang mengatakan mereka ini adalah ‘hero’ yang berjuang menentang British di Tanah Melayu, maka kesemua yang berfahaman komunis pada masa itu boleh juga diiktiraf sebagai ‘hero’ termasuk yang telah membunuh, menyeksa dan membakar hidup-hidup orang –orang kampung serta mengorek keluar mata tentera-tentera kita.

Tugas-tugas anggota polis adalah amat universal tidak kira sama ada polis itu bertugas di negara-negara Islam, Amerika, Eropah, Afrika, Asia atau negara-negara yang mengamalkan fahaman komunis, iaitu dengan sumpah menegakkan undang-undang dan melaksanakannya demi keselamatan dan ketenteraman awam. 

Peristiwa Bukit Kepong merupakan sebuah tragedi yang amat menyayat hati terutama terhadap kekejaman manusia yang diresapi ideologi komunis ini. 

Pada masa itu, polis yang bertugas di Bukit Kepong berjuang bukan kerana untuk membela kerajaan British dan bukan sebagai petualang bangsa, tetapi mereka berjuang adalah kerana untuk mempertahankan permis serta diri dan keluarga mereka semata-mata. 

Tindakan itu adalah kerana undang-undang, jika mereka tidak mempertahankan keadaan, siapa pula akan mengawal keselamatan di kawasan itu. 

Hanya kerana ketika itu negara ini belum merdeka maka kerajaan yang ada merupakan kerajaan British. 

Satu persoalan yang menganggu benak fikiranku, mengapakah anggota-anggota polis yang bilangannya hanya satu persepuluh dari jumlah pengganas komunis sanggup mengadaikan nyawa walhal mereka boleh selamat sekiranya mereka menyerah diri? 

Namun aku berasa terharu, betapa pengorbanan mereka menegakkan undang-undang merupakan syahid yang tidak ternilai harganya dan memberi pengajaran kepadaku betapa jujurnya mereka mempertahankan agama, bangsa, maruah diri dan keluarga selagi hayat di kandung badan.

Adakah yang terkorban itu bukan anak-anak watan yang beragama Islam? Adakah yang menyerang dan membunuh itu semuanya berlandaskan perjuangan untuk membebaskan negara ini semata-mata? 

Adakah perjuangan mereka serupa seperti perjuangan Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela atau Abd Rahman Limbung? 

Mengapakah kanak-kanak dan isteri-isteri polis yang tidak berdosa di bakar hidup-hidup?

Mengapakah komunis Melayu yang beragama Islam tidak menghalang dan membiarkan kanak-kanak, bayi di dalam buaian dan wanita yang tidak berdosa ditembak dan dicampak ke dalam api? 

Mengapakah juga mereka tidak menghalang mayat-mayat anggota polis dan anggota polis yang cedera parah dihumban ke dalam api yang sedang marak? 

Banyak lagi persoalan-persoalan lain yang mesti kita fikirkan mengapakah manusia di anggap ‘hero’ sanggup berbuat sedemikian? 

Semua persoalan itu terjawab apabila aku membaca ringkasan Das Kapital dari wikipedia yang menjadi pegangan manusia yang diresapi oleh fahaman komunis dengan menafikan kewujudan Tuhan dan membawa pengikut-pengikutnya berfahaman athes dimana mereka berfalsafah kepada ‘matlamat itu menghalalkan cara”. 

Sekian

Tuesday, 11 October 2011

Ukhuwah



An attitude that defeats the unity is obsessed with the individual or group. The attitude of extreme obsessed will lead the group tend to feel that only the truth. 



Actually the truth is only Allah. It can not be equated with any groub. 



No faction can claim they are the only group that was fighting for truth, while others do not. If this occurs then the crack of unity of the ummah. 



Be “Ana khairun minhu” (I am the best of you) that has spread make us forget that every human has the advantage and therein lies the uniqueness of each individual has its own range of perceptions and preferences. 



These differences must be acknowledged and respected by all and do not want “equalize” what if Allah were set differently. If bigotry can be overcome, then unity can be discussed and implemented successfully.



By removing our ego attitude, we know what can achieve or not in the discussion and we will be more realistic. During the discussion, we will not waste time with prejudice, thus using the paradigm “kink” to slove the problem. Unity means to manage differences, not eliminate them. 



The leaders of each faction or group must be wise. Now, it’s less wise leaders in leading the community but they are only good at managing the system. 



Their signs are not good at managing the difference is when there is protest attitude and disputes things too much. 



Firman Allahs.w.t ; Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah (al-Quran) dan Rasulnya (Sunnah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari khairat. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannyha.” (Surah al-Nisa’ 4:59).....Wallahu’alam.


Thursday, 6 October 2011

Islam The Religion Of Unity



In Islam, unity is not only a necessity, but it is a commandment from Allah. Claims have been asserted unity in verses Qur’an and Hadith. Therefore, Muslims should be easier to unite because the deriction of Allah.


Rasullah s.a.w bersabda, bermaksud: “Demi zat yang diriku di tanganNya, kamu tidak masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.” (Riwayat Abu Daud)


Rasullah s.a.w bersabda lagi bermaksud: “ Cintailah manusia seperti kamu mencintai, maka kamu menjadi Muslim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Without faith there would be no unity. Strength of faith and potent blend. The relationship between faith and unity has been described by Allah s.w.t: “Engkau tidak akan menemukan satu kaumpun yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, menjalinkan hubungan kasih dengan orang yang menentang Allah dan Rasul, miskipun orang itu ayah mereka atau anak mereka atau sudara mereka atau keluarga mereka.” (Surah al-Mujadalah 58:22)


Let us appreciate the dialogue between Sa’ad bin Rabi’ al-Ansari and Abdul Rahman bin Auf, during the Hijrah by his companions from Mecca to Medina. To his new brother, Sa’ad said: “Really I am the richest among the Ansar. 

I intend to divide my property into two parts; for me and for you. I also have two wives, take that you like and call his name, I will divorce her. If that period expires, marry him. Abdul Rahman said: “May Allah bless your family and your property.

” Where is the market?” and pointing in the market. Abdul Rahman then trade, working, married and eventually became the richest man in Madina. (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah). Not only Sa’ad and Abdul Rahman, but his the sort of brotherhood that exists among the ansar and Muhajirin in Madina.



Allah berfirman, maksudnya: “Dan orang-orang yang bersama Rasullah itu (orang beriman) sikap mereka bertegas pada orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka (orang beriman)”  (Surah al-Fath ayat 26)


Rasullah s.a.w bersabda, yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudara Islamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Muttafaq ‘alaih). Faith will cause the nature of love, helping each other in human. As a result the unity formed by neutral without pressed. Wallahu’alam.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...