Friday, 28 November 2014

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - (KABAT)


Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara.

Kajian Programme for International Student Assessment (PISA), Malaysia di tangga 55 daripada 74 negara.

Kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.

Apakah benar laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini???

Kajian antara bangsa ini telah membuktikan para pelajar Malaysia adalah antara paling lemah berbanding para pelajar dari seluruh dunia.

Adakah guru-guru di Malaysia teruk, pemalas, tiada motivasi, makan gaji buta, tiada kualiti?????

Tetapi jika dibuat perbandingan…………

Telah dilaporkan Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun kebelakang iaitu: 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan 2.71 pada 2011


Bilangan pelajar yang mendapat A PMR: Matematik 2010 - 26.7% kepada 2011- 28.9% dan Sains 2010 - 18.5% kepada 2011 - 21.7%

SPM: pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011

Apa nilai prestasi sebenar pelajar Malaysia berkaitan laporan peningkatan saban tahun Gred Purata Nasional PMR dan SPM???

Mana satu kaedah yang hendak dijadikan ukuran, UN Education Index, PISA dan TIMSS atau GPN yang dikeluarkan oleh KPM?

Kenapakah pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di dalam matematik dan sains di seluruh dunia sedangkan prestasi pelajar kita meningkat saban tahun mengikut ukuran PGN?


Kementerian Pendidikan telah berjaya menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 setebal 248 mukasurat.

Siapakah di kalangan pendidik yang telah membaca dan memahami keseluruhan pelan tersebut???

Terkandung sebelas anjakan strategik sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan negara.

Hasil dari PPPM maka lahirlah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang melemaskan kehidupan para guru selama hampir empat tahun.

Tidak habis dengan isu PBS timbul pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), yang menyesakkan kembali nafas para guru dan para pelajar kerana perlaksanaannya dilakukan secara tergesa-gesa dan seolah-olah tiada perancangan yang rapi.

Ahli akademik di negara kita pula sering menjadikan negara-negara seperti Jerman, Finland, Korea Selatan dan Jepun sebagai perbandingan.

Mereka sibuk mengkaji dan melihat teori dan kaedah pendidikan yang diguna pakai di negara-negara berkenaan.

Tetapi mereka naïf permasalahan pendidikan yang paling asas di negara sendiri iaitu implementasi di peringkat pelaksana iaitu guru @ pendidik.

Adakah guru di negara ini mengajar mengikut opsyen atau kepakaran sebenar mereka dan apakah beban tugas perkeranian yang terlalu banyak dipikul oleh para guru telah diselesaikan???

Sudah pasti, jika kedua-dua perkara pokok ini tidak diselesaikan dengan segera, maka PPPM hanya menjadi aksesori semata-mata kepada pendidikan di negara ini.

Guru hanya manusia biasa, tidak ramai yang dapat menumpukan pelbagai tugasan di dalam satu jangka masa yang terhad.

Ingatlah, mereka juga mempunyai keluarga dan anak yang perlu diberi perhatian.

Kembalikanlah semula peranan dan tanggungjawab mereka di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu pelajar.

Guru bukan maksum, tetapi ibarat cahaya yang memberi petunjuk yang benar kepada generasi yang akan datang.

Lagi-lagi Agenda Komunis!!!!!!!



Gerakan untuk membawa masuk ideologi komunis masih belum terhenti. Kini ia didalangi oleh para pimpinan pembangkang berbangsa Melayu daripada PKR dan PAS.

Persoalannya apakah agenda mereka ?

Banting-banting dipasang di kawasan Teluk Air Tawar di Pulau Pinang dan ternyata ia merupakan tindakan provokasi terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan khususnya bangsa Melayu yang dulunya pernah melalui zaman kekejaman gerakan komunis.

Keputusan PM mengekalkan Akta Hasutan amat bertepatan sekali.

Adakkan rakyat di negara ini sudah lupa sejarah komunis yang pernah mengganas membakar kampung-kampung dan menyeksa orang-orang Melayu di Batu Pahat hingga ke Muar?

Pada zaman peralihan kuasa antara Jepun - British, adakah komunis berbangsa Cina benar-benar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu???

Adakah mereka sudah menjadi warganegara pada era tersebut???

Sedangkan ketika itu mereka masih lagi memegang status ‘kaum asing dan pendatang’.

Fahaman komunis mula bertapak di Tanah Melayu setelah mereka dapat menguasai Tanah Besar Cina.

Mereka juga ingin menghapuskan saki baki pengikut dan pengaruh Chiang Kai-Shek dan parti Komuntang yang menjadikan Tanah Melayu sebahagian gerakan menyekat pengaruh Parti Komunis Cina daripada menguasai Taiwan.

Selain itu, mereka juga ingin meluaskan pengaruh komunis di seluruh Asia Tenggara bagi menyekat pengaruh Amerika syarikat yang telah bertapak di Jepun dan Filipina ketika itu.

Semasa pendudukan Jepun, Britishlah yang menyalurkan bantuan terhadap mereka berupa senjata dan logistik kepada pihak MPAJA bertujuan mengusir Jepun dari Tanah Melayu.

British kemudian cuba menghapuskan pengaruh komunis di Tanah Melayu setelah mengetahui tipu muslihat dan tembelang MPAJA yang ketika itu telah ditukar dengan nama Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengembangkan pengaruhnya.

Semasa zaman British setelah kekalahan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah mempergunakan puak-puak berhaluan kiri melalui pertubuhan politik Melayu yang kononnya membantu mereka untuk memerdekakan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah.

Ketika itu, pengaruh komunis telah dapat menguasai Vietnam Utara, Laos dan hampir-hampir dapat menguasai Indonesia di zaman Sukarno melalui teori yang di namakan “Teori Domino”. 

Generasi muda kini keliru, di antara zaman peralihan kuasa Jepun – British, zaman darurat dan peristiwa 13 Mei.

Taring sebenar komunis terserlah semasa zaman pasca perang dunia kedua iaitu ketika peralihan kuasa antara Jepun – British. 

Selama 15 hari sebelum kedatangan British di Tanah melayu, Batu Pahat  dan Muar menjadi saksi tembelang puak-puak Cina komunis ini. 

Ramai sanak saudaraku telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. 

Kampung halamanku dan sekitar daerah Batu Pahat dan Muar termasuk surau dan masjid dibakar hangus oleh puak-puak durjana ini.

Ramai guru al-Quran, pak-pak imam, pak-pak lebai, ketua-ketua kampung termasuk guru-guru silat di culik pada waktu malam dan akhirnya diseksa dan dibunuh.

Mereka diseksa tanpa peri kemanusiaan seperti disula, ditanam hidup-hidup, direbus di dalam kuali besar, digantung terbalik dan sebagainya di kem-kem tahan seperti di Bukit Kelicap dan Kampung Seri Rejo Sari di daerah Batu Pahat.

Ketika itu, lahirlah seorang pahlawan Melayu memimpin anak watan bagi menyelamatkan bangsa Melayu dari terus menjadi mangsa kerakusan kuasa MPAJA @ PKM terutamanya di selatan tanah air. 

Beliau adalah Panglima Salleh @ Kiaye Salleh @ Penghulu Salleh dengan tentera Selempang  Merah nya berjihad mempertahankan kesucian Islam dan bangsa Melayu.

Sesungguhnya sejarah tidak pernah berbohong!!!

Dan lagi ….

Mengapakah kita tidak mengambil ikhtibar pengajaran kekejaman komunis di Tanah Besar Cina di mana ramai rakyat mereka sendiri dibunuh dengan kejam dan rumah-rumah ibadat dihapuskan di dalam peristiwa ‘Revolusi kebudayaan’.

Lihatlah kekejaman komunis di Rusia setelah kejayaan komunis menumbangkan pemerintahan diraja di dalam peristiwa Revolusi Volshevik.

Janganlah memperbodohkan bangsa sendiri terutama generasi Y yang rata-rata tidak mahu membaca dan belajar dari sejarah bangsa sendiri demi mengejar kuasa!!!

Mengapa ‘Syaitan’ dan ‘Penyembelih Malaya’ ini dipuja umpama malaikat???

Jujurlah pada bangsa sendiri!!!!

Friday, 21 November 2014

HASUT 1948





Apabila kerajaan ‘bermurah hati’ menuruti desakan parti pembangkang serta kumpulan NGO mereka memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, maka secara langsung bangsa Melayu telah menerima kesan buruknya,

Selepas fasa pertama berjaya di dalam desaka mereka memansuhkan ISA, kini mereka cuba pula merealisasikan fasa kedua iaitu mendesak supaya Akta Hasutan 1948 juga turut dimansuhkan.

Persoalannya, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahukan kedua-dua akta itu dihapuskan?

Apakah agenda mereka sebenarnya?

Mengapa pemerintah perlu melayan desakan pembangkang serta kumpulan NGO mereka?

Berkemungkinan, jika kedua-dua akta ini dihapuskan maka ketika itulah mereka yang mempunyai agenda berpeluang menyakiti bangsa Melayu melalui penghinaan terhadap Islam, mencabar hak-hak keistimewaan serta prinsip-prinsip perlembagaan serta mempersoalkan kontrak sosial tanpa halangan.

Dua tahun yang lalu ketika kerajaan mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan, dengan tidak sampai beberapa jam sahaja spesis-spesis ini mula lupa diri seolah-olah Malaysia ini milik mereka seorang.

Di laman-laman sosial terutamanya, mereka mula melakukan provokasi memperkatakan apa-apa sahaja tanpa memperdulikan perasaan bangsa Melayu dan umat Islam.

Akhirnya mereka mula sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan, kerana mereka masih boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Akibatnya, ada dikalangan mereka lari ke luar negara kononnya mereka dizalimi. 

Agak-agaknya, mengapa mereka boleh terlepas begitu sahaja?

Alhamdulillah, setakat ini kerajaan masih lagi istikomah mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan seterusnya dapat menghalang spsis-spesis ini membuat provoksi melampau terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.

Nota kakiku#

Agenda desakan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan:
  1.  Agenda pemisahan Sarawak dan Sabah dari Persekutuan Malaysia
  2. Mencabar kedaulatan raja-raja Melayu
  3. Memansuhkan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
  4. Mencabar kontrak sosial
  5. Mencabar perlembagaan persekutuan
  6. Agenda pecah belahkan perpaduan negara untuk menang PRU
  7. Mencabar kedaulatan negara
  8. Menubuh polis keselamatan parti
  9. Pelbagai agenda ............


Thursday, 20 November 2014

Lambakan Pekerja Asing


Amat janggal apabila ada di kalangan pemimpin kerajaan dan NGO, meletakkan masalah kebanjiran buruh warga asing terhadap para majikan di negara ini. Tetapi ianya menjadi kebiasaan apabila kita mendengar mereka menyalahkan rakyat biasa kerana terlalu memilih bidang perkerjaan.

Di negara ini, para majikan mengambil kesempatan di atas alasan kekurangan tenaga buruh lalu meminta kerajaan membenarkan mereka menggaji warga asing. Itulah taktik para majikan yang sebenar untuk mengeksplotasi tenaga buruh asing demi memperolehi keuntungan berkali-kali ganda.

Para majikan sanggup menggaji warga asing dengan upah yang sangat murah dan mereka boleh dipaksa kerja siang dan malam dan 7 hari seminggu sehingga mengakibatkan rakyat tempatan akan tersingkir dengan sendirinya.

Walaupun selama ini sumbangan tenaga kerja asing dikatakan mampu menyelesaikan masalah permintaan tenaga kerja yang tinggi, kini sudahpun timbul pula masalah serius kepada kestabilan negara.

Kerajaan begitu gah dan bangga merancang pembangunan ekonomi, tatapi peliknya kebanjiran pekerja asing sudah tidak terkawal. Nisbah rakyat Malaysia dan warga asing di negara ini sudah di tahap kritikal iaitu 29 juta : 6 juta.

Jika tidak ditangani dengan segera, maka kita akan menjadi seperti UAE, di mana nisbah pekerja asing melebihi nisbah warga tempatan dan Bahrain nisbah warga asingnya hampir menyamai nisbah warganya sendiri.

Kerajaan seharusnya menyontohi Jerman iaitu mengenakan undang-undang ketat  berkaitan peraturan menggaji warga asing.

Di Jerman, majikan dikehendaki membayar melebihi separuh daripada upah apabila menggaji warga asing berbanding warga tempatan. Namun warga asing akan membayar separuh daripada upah yang diperolehi kepada pihak kerajaan. 

Peraturan tersebut dapat mengawal majikan daripada menggaji warga asing dan seterusnya dapat menjamin kebajikan warganya. 

Seterusnya, apabila majikan yang menggaji warga asing tersebut muflis atau menutup perniagaannya, maka undang-undang meminta majikan tersebut menghantar pulang pekerja-pekerja mereka ke negara masing-masing.

Berbanding di Malaysia, kerajaan sentiasa mengikut telunjuk para majikan dan hanya menyalahkan lambakkan pandatang asing termasuk PATI di pihak rakyat biasa.

Mungkin tahap penyelewengan di dalam agensi penguatkuasa berada di skala terlalu lemah dan sebab itu jugalah berkemungkinan alasan diberikan dengan ‘menuduh’ rakyat negara ini ‘suka memilih pekerjaan’ bagi alasan kepada lambakan perkerja warga asing dan PATI berada pada tahap yang amat serius.

Monday, 3 November 2014

Isu Peraturaan Pemaikan Tudung di Kelantan : Apa Masalahnya ?????



Isu peraturan menutup aurat yang dilaksanakan oleh PBT Kelantan amat dialu-alukan oleh seluruh umat Islam di negara ini. 

Namun Isu ini telah mendapat tentangan beberapa pihak termasuk MCA dan Sister in Islam (SIS).
Peraturan dan undang-undang atau apa sahaja istilahnya adalah sesuatu yang baik terutamanya untuk seluruh manusia.

Bukan sahaja di Kelantan malah di mana-mana di muka bumi ini, bagi umat Islam sejak kecil lagi mereka dibekalkan dengan kod etika pemakaian menutup aurat demi maruah dan martabat mereka sebagai muslim.

Oleh itu Islam liberal dan penganut agama lain tidak wajar mempersoalkan perkara ini, kerana ada peraturan tertentu di dalam apa-apa agama sekalipun yang tidak boleh dibahaskan dengan akal dan logik.

Orang Islam melihat penentangan peraturan ini di Kelantan oleh MCA dan SIS sebagai satu campur tangan di dalam hukum hakam agama Islam oleh mereka yang non Muslim dan mereka yang berfahaman liberal.

Di Kelantan daripada 1.4 juta penduduknya, 96% adalah Melayu beragama Islam. Apakah masalah sebenar MCA dan SIS ini???? Selain itu, peraturaan ini hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

Orang Islam tidak pernah menganggap menutup aurat terutamanya bertudung kepala sebagai satu kongkongan malah menganggap ianya merupakan kod etika berpakaian yang diwajibkan di dalam Islam.

Ironinya, ada sesetengah di kalangan orang politik MCA sendiri menerima seks luar nikah sebagai amalan mereka, namun umat Islam di negara ini tidak pernah mempersoalkannya.

Selain itu, tindak-tanduk SIS yang banyak memberi sokongan moral terhadap agenda LGBT di negara ini seperti kempen Seksualiti Merdeka yang diterajui oleh S.Ambiga telah mencemar kesucian agama Islam.

Kepada MCA, tidak perlulah mencampuri hukum-hukum yang ditetapkan oleh Islam. Perbetulkan dahulu moral sesetengah ahli parti mereka sendiri.

Kepada NGO Islam (SIS) yang selalu memusuhi agamanya sendiri, tolonglah hormati agama Islam yang mereka anuti. Janganlah membawa persepsi buruk hukum Allah (menutup aurat) itu kepada non Muslim sebagai satu kongkongan terutamanya terhadap wanita Islam.

Biarlah hal ehwal pemerintahan Islam di Kelantan diuruskan oleh kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat. 

Peraturan memakai tudung bukanlah peraturan yang zalim, malah iannya akan meninggikan martabat wanita Islam dan membawa banyak kebaikan dari keburukan.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...