Apabila kerajaan ‘bermurah hati’ menuruti desakan parti pembangkang
serta kumpulan NGO mereka memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, maka secara
langsung bangsa Melayu telah menerima kesan buruknya,
Selepas fasa pertama berjaya di dalam desaka mereka memansuhkan
ISA, kini mereka cuba pula merealisasikan fasa kedua iaitu mendesak supaya Akta
Hasutan 1948 juga turut dimansuhkan.
Persoalannya, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahukan
kedua-dua akta itu dihapuskan?
Apakah agenda mereka sebenarnya?
Mengapa pemerintah perlu melayan desakan pembangkang serta
kumpulan NGO mereka?
Berkemungkinan, jika kedua-dua akta ini dihapuskan maka ketika
itulah mereka yang mempunyai agenda berpeluang menyakiti bangsa Melayu melalui
penghinaan terhadap Islam, mencabar hak-hak keistimewaan serta prinsip-prinsip
perlembagaan serta mempersoalkan kontrak sosial tanpa halangan.
Dua tahun yang lalu ketika kerajaan mengumumkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan, dengan tidak sampai beberapa jam sahaja spesis-spesis
ini mula lupa diri seolah-olah Malaysia ini milik mereka seorang.
Di laman-laman sosial terutamanya, mereka mula melakukan
provokasi memperkatakan apa-apa sahaja tanpa memperdulikan perasaan bangsa
Melayu dan umat Islam.
Akhirnya mereka mula sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan,
kerana mereka masih boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Akibatnya, ada dikalangan mereka lari ke luar negara kononnya
mereka dizalimi.
Agak-agaknya, mengapa mereka boleh terlepas begitu sahaja?
Alhamdulillah, setakat ini kerajaan masih lagi istikomah
mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan seterusnya dapat menghalang spsis-spesis ini
membuat provoksi melampau terhadap bangsa Melayu dan agama Islam.
Nota kakiku#
Agenda desakan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan:
- Agenda pemisahan Sarawak dan Sabah dari Persekutuan Malaysia
- Mencabar kedaulatan raja-raja Melayu
- Memansuhkan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
- Mencabar kontrak sosial
- Mencabar perlembagaan persekutuan
- Agenda pecah belahkan perpaduan negara untuk menang PRU
- Mencabar kedaulatan negara
- Menubuh polis keselamatan parti
- Pelbagai agenda ............

No comments:
Post a Comment