Sebagai Muslim, kekadang terkesan juga aku kepada Dr. Asri (MAZA)
yang selalu suka ‘menghentam’ orang di Facebook.
Di Facebooknya, beliau pernah viralkan beberapa isu seperti
isu no plat WWW 1, program I Want Touch A Dog, DNA babi pada isu coklat, kos 180 juta jet mewah, isu khalwat, kalimah Allah, ASWAJA, Zakir Naik atau
apa-apa sahaja.
Terbaru, kenyataan beliau terhadap intitusi yang
ditubuhkan hasil dari keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu. Institut
Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
Di dalam kiriman di Facebooknya, beliau menuduh IKSIM
“menuding jari menyalahkan pelbagai pihak dan bersifat sectarian”, iaitu ketika
beliau berada di Tanah Suci.
Adakah ini mentaliti seseorang yang bergelar blogger atau
keyboard worrior atau ulama atau mufti?
Pastinya tuduhan beliau telah memberi kesan negatif terhadap
maruah institusi mufti yang amat dihormati dan beliau sendiri juga terlibat di dalamnya.
Adakah dengan ilmu agama yang hebat pada beliau, dengan
sesuka hati beliau tidak perlu mengikut kaedah dalam memberi komen atau membuat
kenyataan.
Hanya perlu posting atau viralkan di dalam Facebook sahaja,
semua masalah boleh selesai?
Sedikit masa dahulu, beliau pernah menyelar ISMA sambil
membela orang Kristian dan mengatakan orang Kristian adalah orang yang lebih
dekat dengan orang Islam.
Mungkinkah keritikan beliau berdasarkan ayat Al Quran Surah
Al Maaidah ayat 82?
Jika benar seorang mufti memetik ayat Al Quran dengan tidak
mengambil kira asbabul nuzul dan tafsiran muktabar apabila membandingkan dengan
isu yang dibicara, adalah amat malang bagi kami yang jahil tentang hukum-hakam
agama.
Aku yakin dan percaya bahawa ayat tersebut sebenarnya jauh
sekali dengan sifat pelampau Evangelis Kristian di Tanah Air ini
yang ingin memurtadkan kita berbanding dengan orang Nasrani Habshah yang
tersangat gembira dengan berita kedatangan Nabi Akhir Zaman dan akhirnya mereka
memeluk Islam.
Beliau juga pernah berkias bahawa jika tidak dibenarkan
orang Kristian mengguna kalimah Allah, bagaimana mereka mahu menyanyi lagu
Negeri Selangor, Bangsa Johor atau lagu rasmi negeri-negeri lain?
Kiasan beliau itu telah menjadi viral dan telah menjadi isu
perdebatan terbuka yang sangat panas di laman sosial antara pengikut dan
penentang fahaman beliau sama ada ianya seorang Muslim atau non Muslim.
Dalam perdebatan tersebut, maka keluarlah isu caci-maki dan
gelar-mengelar yang kurang enak oleh kedua-dua puak dan telah mencalar imej
Islam di negara ini.
Paling melampau ialah non Muslim pun tumpang sekaki mengutuk
beberapa ulama besar kita dengan sesedap mulut beserta dalil ayat-ayat
al-Quran konon-kononnya dan disokong pula oleh segelintir orang Islam sendiri.
Sebagai mufti, beliau sebenarnya fail di dalam bab ini sebab
beliau kabur tentang konteks dan tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.
Sepatutnya beliau mengkaji terlebih dahulu larangan yang
dibuat dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang
Islam).
Beliau juga kan salah seorang seorang mufti besar di negara ini.
Menjadi persoalan, kenapa beliau secara tiba-tiba memadam
posting tuduhan terhadap IKSIM dari Facebook tanpa membetulkan kesilapan terlebih dahulu?
Sebagai ulama besar, setiap apa yang di viralkan akan menjadi
ikutan kepada pengikut dan akhirnya mengakibatkan fitnah besar terhadap seluruh
ummah jika ego menguasai diri.
Aku bukan pembenci ulama dan agamawan.
Aku amat menghormati mereka kerana mereka merupakan pewaris nabi.
Tanpa prajudis, tulisan ini hanyalah sebagai pandanganku sebagai seorang
Muslim yang ilmu agamaku amat tidak setanding dengan mereka.
Ulama dan agamawan adalah pewaris nabi, tetapi jika mereka juga
berantakan dan berpecah-belah , apa akan jadi kepada anak-anakku di kemudian hari!
Carilah titik persamaan dan bukan perpecahan.
Jika beginilah keadaannya, bagaimana Islam mahu diletakkan ditempatnya?