Sikap wanita di negara ini yang terlalu mudah mempercayai kata-kata indah
menyebabkan mereka menjadi mangsa penipuan Love Scam.
Menurut laporan, sebanyak 4,673 kes Love Scam telah direkodkan
Polis Diraja Malaysia melibatkan kerugian RM182.3 juta dengan penangkapan 1,773
suspek bagi tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.
Angka itu melebihi negara-negara lain yang turut mempunyai
masalah sama dalam penipuan cinta menerusi online di internet.
Modus operandi mendapati suspek meletakkan profil di laman social
dengan seorang lelaki berkulit putih, kacak, mempunyai pekerjaan hebat atau
kaya untuk menipu mangsa yang dipilih secara rawak.
Justeru, jangan terlalu mudah jatuh cinta dengan cinta palsu
terutamanya kaum wanita sekalipun mereka memerlukan cinta.
Love Scams bukanlah satu fenomena baru. Walaupun
laman-laman sosial merupakan antara medium untuk menambah kenalan sebagai
sahabat ataupun kekasih, namun pengguna internet harus lebih bijak.
Sebagai contoh, laman mencari cinta dating websites, mungkin memudahkan proses
mencari pasangan hidup, namun adakah kita mengenali identiti individu di dalam
media social tersebut?
Atau terdapat identiti yang berbeza di sebalik gambar kacak sado
atau cantik seksi yang dipaparkan di dalam profil?
Walaupun pelbagai amaran dan kesedaran tentang penipuan dalam talian telah
dikeluarkan, mengapa masih ada yang menjadi mangsa?
Benarkah wanita Malaysia mudah ditipu atau mudah jatuh cinta
semudah alif ba tha?
Atau tase mereka hanya kepada jejaka dari oversea sahaja?
Atau jejaka dan gadis oversea lebih ummmmmph!
Senario politik negara kita pun sama, rakyat Malaysia lebih percayakan berita-berita Yahudi dari oversea berbanding Bernama!
Atau jejaka dan gadis oversea lebih ummmmmph!
Senario politik negara kita pun sama, rakyat Malaysia lebih percayakan berita-berita Yahudi dari oversea berbanding Bernama!

No comments:
Post a Comment