Kisah seorang Imam dari Australia yang mengaku homoseksual
yang kini menjadi viral di media sosial di negara itu ibarat bola tanggung buat
umat Islam.
Menurut Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Australia,
Dr. Shaiful Aizad Shafie, media barat dan liberal telah lama menantikan
berita-berita sebegini untuk dipaparkan bagi memburukkan Islam.
“Bila ada seorang imam yang mengaku ‘gay’ secara terbuka,
ini seolah-olah bola tanggung bagi media menjadikan modal besar (untuk
memburukkan Islam).
Beliau turut menjelaskan bagaimana media musuh bermain
dengan berbagai-bagai persoalan bagi megelirukan umat Islam tentang pengamalan
homoseksual.
“Musuh memberi pelbagai persepsi sekiranya seorang imam yang
paling faham agama pun boleh jadi ‘gay’, orang-orang Islam yang lain tidak
boleh?
“Mereka juga menuduh orang-orang yang menolak ‘gay’ adalah
kolot dan tidak meraikan fitrah manusia,” katanya lagi.
Di negara bukan Islam seperti Australia, imam merupakan
seorang tokoh agama Islam yang tertinggi dan dihormati di satu-satu komuniti.
Dalam dokumentari yang disiarkan oleh stesen TV SBS
Australia itu, Nur Warsame yang sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai
seorang anak perempuan itu berkata menyesuaikan kerohanian dan keseksualan
adalah satu perjalanan hidup yang amat sukar.
Juga dipaparkan dalam dokumentari itu ialah Sophie Ismail,
juga seorang ‘gay’ Muslim yang sering menganjurkan aktiviti untuk golongan
LGBTQI Muslim.
“Saya bangga menjadi ‘gay’ dan Muslim, dan seronok bercerita
tentangnya kepada orang lain,” katanya dalam dokumentari tersebut.
Mengulas isu yang sama, Ketua Biro Tarbiah Isma South
Australia, Umar Faruq Muhamad Shamsudin pula berkata, musuh-musuh Islam merosak
dan membunuh jiwa umat dengan pelbagai kaedah.
“Di Syria dan Palestin, umat Islam dibom dan dibunuh jiwa
mereka oleh serangan-serangan jet pejuang musuh-musuh Islam.
“Di satu sudut dunia yang lain umat Islam dirosakkan minda
dan cara fikir mereka melalui serangan-serangan ideologi melalui media-media
liberal yang memaksa kita menerima idea-idea tentang Islam yang salah dan korup
dan seterusnya menyebabkan kecelaruan identiti umat Islam itu sendiri,”
jelasnya.
Dalam pada itu, Dr. Shaiful menggesa agar serangan persepsi
oleh media musuh sebegini diperbetulkan supaya tidak menimbulkan
kekeliruan tentang ajaran Islam yang sebenar.
“Kalau ini tidak diperbaiki, jangan kita terkejut, mungkin
nanti anak-anak kita pula yang menjadi tajuk berita ini juga,” katanya. -
http://isma.org.my/


No comments:
Post a Comment