Sejak dahulu lagi orang bukan Islam telah diminta agar
jangan sesekali mencampuri hukum atau peraturan yang terdapat di dalam agama
lain terutama Islam.
Tetapi orang bukan Islam di dalam DAP dengan penuh yakin cuba menunjukkan bahawa mereka tahu
segala-galanya tentang Islam disebabkan mendapat dokongan dan sokongan oleh sekutu mereka di kalangan umat Islam sendiri.
Mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang (LKS) “Adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang
layak dibunuh itu?” Ternyata bahawa dia sedang mewujudkan persepsi negatif terhadap peraturan dan hukum-hakam yang terdapat di dalam Islam.
Apabila hukum dan peraturan yang dikeluarkan sebagai
peringatan kepada umat Islam bahawa bahayanya kafir harbi dalam
kehidupan, secara sepontan si LKS terus melompat dan melabelkan bahawa beliau
dan bangsa lain sebagai sasaran yang wajib dibunuh.
Tidak perlulah Datuk Mufti Pahang berterus-terang untuk
menyatakan siapakah sebenarnya ‘kafir harbi’ yang dimaksudkan. Perkara yang
amat jelas ialah amat mudah. Jangan mencampuri atau apa juga halangan yang
ingin dilakukan oleh agama Islam atas nama kesamarataan.
Seluruh umat Islam yang menjadi pendokong DAP dan LKS seharusnya sedar bahawa mencampuri urusan agama
lain adalah satu sikap yang amat merbahaya dan akan menjurus kepada
kekacauan dalam negara.
Persoalan siapakah kafir harbi itu bukan tertakluk kepada
DAP atau anggotanya akan tetapi sesiapa sahaja yang cuba menghalang apa
juga perkembangan Islam dan memusuhi Islam sebagai satu ancaman.
Akta 355 yang bakal dibentangkan di Parlimen telah menjadi
isu panas dikalangan DAP yang tidak memahami apa yang tersirat didalam akta
tersebut.
DAP terus memutar belitkan bahawa Akta tersebut adalah hudud
dan menimbulkan ketakutan dikalangan bangsa lain yang bukan beragama
Islam.
Seharusnya DAP mendiamkan diri sebagaimana orang Islam di
Malaysia tidak pernah mempertikaikan apa juga adat budaya dan juga resam yang
menjadi amalan agama yang mereka anuti.
DAP melalui hak asasi manusia juga telah mencampuri urusan
agama Islam di dalam tuntutan IFC yang berkaitan Islam, murtad, perkahwinan, zakat,
status agama dimainkan atas nama hak asasi dan juga kesamarataan.
Majoriti Muslim di negara ini amat tidak selesa bila segala
peraturan yang ada di dalam agama Islam dipertikaikan oleh non Muslim atas
nama kesamarataan.
Kata LKS, label ‘kafir harbi’ itu amat bahaya dan berbaur
hasutan serta boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara
yang memayungi masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama.
Jika LKS sudah tahu betapa bahayanya mencampuri urusan agama
lain, seharusnya dia sepatutnya menghalang anggota DAP atau mana-mana sekutu mereka atau
dirinya sendiri dari mengeluarkan apa juga kenyataan yang berhubung kait dengan
agama Islam.
Satus kafir harbi itu tidak merangkumi isu berkaitan
kemasyarakatan sebagaimana yang di viralkan. Isu kafir harbi ialah perkara yang
menggugat atau cubaan menghalang apa juga perkara yang melibatkan Islam.
Adalah lebih baik beliau tidak berkata dan menyokong apa juga tindakan yang
mencampuri urusan agama lain terutama agama Islam dan menghalang NGO-NGO
yang mempertikaikan isu berkaitan Islam dalam IFC.
Melabelkan isu kafir harbi oleh LKS sebagai pemikiran ekstrem agama ala ISIS adalah satu penghinaan terhadap hukum hakam agama di dalam Islam.
Adakah umat Islam perlu bersubahat dan bersekongkol dengan putar belit LKS tentang mewujudkan persepsi negatif agama Islam yang dimainkannya selama ini?
Malang sungguh menjadi seorang Muslim jika sentiasa 'mengiakan' muslihat LKS dan konco-konco nya di dalam DAP!!



